v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Tempat di China Giat Galakkan Perkembangan Sektor Pertanian
2008-05-28 14:27:48 CRI

Pengeluaran pertanian di bahagian barat China tergendala disebabkan kegiatan menebus guna tanah gurun dan memelihara ternak dengan berlebih-lebihan berpuluh tahun yang lalu. Oleh itu, keadaan alam sekitarnya sangat buruk. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, China menimba pengalaman Kanada dan melaksanakan Program Pembangunan Pertanian Secara Berterusan China-Kanada di kawasan barat. Program yang dijalankan dengan baik itu merangsang perkembangan pertanian.

Program bersama China dan Kanada itu bertujuan menawarkan latihan kepada petani sehingga mereka menguasai teknologi perladangan perlindungan supaya mewujudkan penggunaan sumber tanah secara berterusan. Sejak tahun 2005, program itu mula diperkenalkan di Gansu, Xinjiang, Mongolia Dalam dan Sichuan.

Perladangan perlindungan ialah penggunaan jerami menutup permukaan tanah untuk menghalang hakisan daripada berlaku. Tindakan itu bukan sahaja meningkatkan jumlah bahan organik dalam tanah, tetapi juga mengurangkan amalan pembakaran jerami.

Kanada pernah mengalami situasi seperti China. Dalam tempoh Perang Dunia Pertama, sumber tanah di Kanada musnah dengan amat dahsyat termasuk berlebihan menebus guna gurun sehingga mengakibatkan berlaku bencana alam. Dengan demikian, kerajaan Kanada membuat penyelidikan mengenai teknologi perladangan perlindungan sejak tahun 1930-an dan memperoleh pengetahuan yang bermanfaat dalam bidang itu.

Pengurus besar program itu bagi pihak Kanada, Encik Brant Kirychuk memberitahu mengenai tujuan program tersebut kepada kami: "Terlebih dahulu, kami perlu mengelakkan berlakunya ketandusan tanah, kemudiannya menggalakkan perkembangan sektor pertanian dengan berterusan, dan akhirnya paling penting ialah meningkatkan tahap kehidupan petani."

Pakar pertanian China, Puan Zhao Guiqin menyatakan: "Pada masa ini, program ini menawarkan pelbagai latihan kepada petani untuk menjamin mereka menguasai teknologi perladangan perlindungan."

Encik Brant Kirychuk amat optimis terhadap program itu. Kata beliau: "Saya melihat kerajaan China mengambil berat terhadap masalah ketandusan tanah, terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini China memainkan peranan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah itu. Kami bersedia menyediakan sokongan teknikal."

Program Pembangunan Pertanian Secara Berterusan China-Kanada itu sudah dilaksanakan selama dua tahun di kawasan barat China dan mencapai hasil yang memuaskan, seperti kadar hakisan berkurangan dengan nyata, struktur tanah diperbaiki dan jumlah pengeluaran bahan makanan bertambah dalam jumlah yang agak besar.

Selain bekerjasama dengan negara luar, China juga menyempurnakan perkhidmatan maklumat untuk membangunkan sektor pertanian. Bandar Baise, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di selatan China merupakan salah satu contoh.

Ketika tiba di Kampung Yongjin, Baise, pemberita kami mendapati di tempat itu ditanam banyak pokok tebu. Seorang penduduk tempatan, Huang Zhongyong menyatakan bahawa beliau menanam seluas satu hektar pokok tebu tahun ini, dan jumlah pengeluaran itu dijangka bertambah sekali ganda berbanding dahulu. Katanya: "Tanpa teknologi tinggi, tentulah saya tidak boleh mendapat lebih banyak keuntungan. Umpamanya, pusat baja selalu memberikan cadangan mengenai penyuburan pokok tebu kepada kami."

Pembajaan merupakan satu masalah yang selalu dialami oleh penanam tebu. Dengan demikian, pihak berkuasa tempatan menubuhkan pusat baja untuk membimbing petani cara menggunakan baja pada tanaman. Pegawai yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran tebu, Encik Yan Jianjun memaklumkan: "Sebelum membaja, kami selalu mengambil sampel tanah untuk menganalisis kandungannya. Kemudian, kami menyediakan maklumat pembajaan yang sesuai kepada penanam."

Untuk meningkatkan hasil tebu, pihak berkuasa tempatan memperkenalkan jenis pokok tebu yang baru, di samping menawarkan latihan berhubung pengeluaran tebu kepada penanam. Jumlah pengeluaran tebu meningkat dengan ketara, tetapi ini juga mengakibatkan masalah pengangkutan dan penjualan.

Penanam, Huang Zhongyong menyatakan bahawa perkhidmatan pesanan ringkas telefon bimbit yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan bersama dengan perusahaan memudahkan penanam mengetahui keadaan pasaran. Beliau memberikan satu contoh kepada pemberita, ketika ketibaan waktu menuai, penanam boleh menghantar pesanan ringkas kepada perusahaan penghasilan gula untuk memaklumkan jumlah pengeluaran tebu dan tarikh menuainya, selepas itu, pihak perusahaan akan memberitahu penanam bila mereka boleh datang mengambil tebu. Setelah perusahaan mendapat hasil, pihaknya akan memasukkan wang ke dalam akaun penanam.

Penanam yang masih belum mempunyai telefon bimbit, hanya perlu membayar 1 yuan sahaja sebelum diberi telefon bimbit. Dengan pelaksanaan dasar keutamaan itu, petani tidak perlu risau tentang masalah pengangkutan dan penjualan tebu, sebaliknya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga dalam meningkatkan hasil pengeluaran.

Kini, di bandar Baise, perkhidmatan maklumat diperkenalkan secara meluas dalam bidang pengeluaran tebu, mangga dan pisang. Juruteknik pertanian akan memaklumkan perubahan cuaca dan kawalan serangga perosak kepada petani menerusi pesanan ringkas. Banyak rumah petani telah dilengkapi kemudahan internet jalur lebar. Mereka boleh mempelajari lebih banyak pengetahuan dan teknologi pertanian melalui internet. Sehingga kini, jaringan maklumat teknologi pertanian meliputi semua tempat di Baise, dan maklumat teknologi menjadi satu unsur penting dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan seterusnya pendapatan petani. ----Selina

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |