v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Dasar Perlindungan Alam Sekitar yang Dilaksanakan di China
2008-06-04 14:56:36 CRI

Untuk mewujudkan perkembangan berterusan, beberapa tahun kebelakangan ini, Provinsi Shandong di bahagian timur China tegas melaksanakan dasar perlindungan alam sekitar, dan ini telah mencapai hasil yang berkesan.

Kumpulan Industri Kertas Huawen sebuah perusahaan besar di Provinsi Shandong. Pada tahun lalu, mesin pembuat kertas yang ketinggalan zaman digantikan dengan mesin baru berteknologi tinggi untuk mengurangkan pelepasan air kumbahan. Pengerusi Lembaga perusahaan tersebut, Encik Zhou Fengxian menyatakan: "Sisa-sisa bahan yang boleh menyebabkan pencemaran yang pihak kami lepaskan menurun dengan ketara selepas kami menggunakan mesin berteknologi tinggi. Walaupun perusahaan kami membelanjakan wang yang banyak untuk teknologi tersebut, tetapi kami sedar bahawa kami tidak boleh mengejar keuntungan semata-mata dengan mengorbankan kepentingan negara."

Seperti yang diketahui umum, air kumbahan yang dilepaskan oleh perusahaan pembuatan kertas merupakan punca pencemaran sungai, tasik dan laut. Skop industri kertas di Provinsi Shangdong merupakan 1/4 daripada industri kertas seluruh negara. Untuk menyelesaikan masalah pencemaran, sejak tahun 2006, Shandong memulakan pelaksanaan piawaian baru pelepasan air kumbahan. Naib Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Persekitaran Provinsi Shandong, Encik Zhang Bo memaklumkan, standard ini merupakan peraturan yang paling ketat di China pada masa sekarang. Beliau berkata: "Peraturan baru itu ada dua fungsi, yang pertama ia akan mendorong setiap perusahaan mengubahsuai cara pertumbuhan ekonomi dan menyesuaikan struktur perindustriannya. Dan kedua, ia menyediakan asas yang kukuh bagi pihak penguatkuasa semasa menangani masalah berhubung perlindungan persekitaran."

"Revolusi hijau" dilaksanakan dalam sektor pembuatan kertas di Shandong. Untuk mencapai piawaian baru itu, banyak perusahaan maju menyesuaikan struktur perindustrian dan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk menyelesaikan masalah pencemaran, manakala perusahaan yang berskala kecil diminta ditutup.

Melalui pembaharuan tersebut, sektor pembuatan kertas di Shangdong berkembang dengan sihat.

Zhang Bo menyatakan bahawa revolusi hijau dalam sektor kertas itu merupakan salah satu contoh daripada segala usaha meningkatkan perlindungan alam sekitar di seluruh provinsi. Tahun-tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa Provinsi Shandong meningkatkan pengawasan dan pengelolaan dalam bidang perlindungan alam sekitar. Pelaburan dalam bidang yang jumlah penggunaan sumber tenaganya tinggi, seperti sektor tenaga elektrik, arang batu dan metalurgi berkurangan dengan nyata, sementara pelaburan dalam bidang perlindungan alam sekitar meningkat sekali ganda pada tahun lalu. Pengubahsuaian struktur perindustrian memberikan persekitaran kediaman yang selesa kepada ramai orang.

Bandar Fuzhou, sebuah kawasan pengeluaran kayu balak yang utama di bahagian timur Provinsi Jiangxi, China. Kadar lingkungan hutannya merupakan 61.5% daripada keseluruhan kawasan. Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Parti Komunis China, Encik Zhong Ligui menyatakan bahawa semua program pembangunan bandar itu ditetapkan berdasarkan pemeliharaan persekitaran.

"Bandar ini mempunyai sejarah yang agak lama dan amat sesuai untuk didiami. Jadi, di samping membangunkan ekonomi, kami perlu berusaha untuk memelihara alam sekitar yang semula jadi."

Tahun-tahun kebelakangan ini, Fuzhou yang mengutamakan sektor pertanian pada masa lampau kian bertukar kepada perindustrian dan terdapat banyak pelaburan yang baru masuk ke bandar itu. Encik Zhong berkata: "Pembangunan yang pesat berasaskan kepada persekitaran yang baik. Dengan demikian, dalam proses pemodenan, kami selalu menimba pengetahuan daripada pengalaman kawasan-kawasan yang lain. Projek-projek yang merosakkan persekitaran pasti dilarang diperkenalkan."

Pemeliharaan alam sekitar bukan menandakan ekonomi akan merosot. Pegawai dari Kaunti Zixi di Fuzhou, Encik Xu Guoyi menceritakan cara merealisasikan muafakat bestari antara perlindungan alam sekitar dengan pertumbuhan ekonomi. Katanya: "Kaunti ini kaya dengan sumber buluh, iaitu kira-kira 30 ribu hektar. Kami menggalakkan petani terlibat dalam bidang penanaman buluh, sementara menarik sejumlah besar perusahaan buluh yang unggul di seluruh negara supaya melabur di kaunti kami."

Selain buluh, cendawan juga merupakan salah satu pendapatan utama bagi penduduk Kaunti Lichuan di Fuzhou. Hampir 50 ribu orang terlibat dalam menanam cendawan. Pada masa dulu, penduduk tempatan memupuk cendawan dengan serpihan kayu. Oleh itu, keadaan pemotongan pokok secara berlebihan amat serius di kawasan itu. Dengan bantuan kerajaan tempatan, penanam menguasai teknologi baru dan sumber hutan telah dipulihara. Teknologi penanaman baru tersebut bukan sahaja memelihara ekologi, tetapi juga meningkatkan jumlah hasil cendawan.

Di bandar Fuzhou, pelbagai kaunti mempunyai program pembangunan yang tersendiri mengenai perlindungan sumber air dan hutan. Selagi ia mempertahankan perkembangan alam sekitar secara berterusan, kita sendiri boleh memastikan ia berkembang dengan baik, di samping meninggalkan warisan murni kepada generasi selanjutnya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |