v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bangunan Hijau dan Konsep Penjimatan Tenaga yang Diperkenalkan dalam Sektor Pembinaan
2008-06-18 09:49:24 CRI

Tahun-tahun kebelakangan ini, sektor pembinaan China berkembang dengan pesat. Jumlah ruang dalam pembinaan di seluruh China mencecah 2 bilion meter persegi setiap tahun, dan merupakan hampir separuh daripada keseluruhan jumlah ruang pembinaan di dunia. Perkembangan sektor pembinaan yang berterusan bukan sahaja berhubung rapat dengan mutu kehidupan orang awam, tetapi juga bersangkut paut dengan pelaksanaan strategi penjimatan sumber tenaga dan perubahan iklim sejagat.

Tahun lalu, China giat memperkenalkan piawaian penjimatan tenaga binaan baru di seluruh negara, memperbaiki sistem pemanasan di kawasan utara dan menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh dikitar semula dalam sektor pembinaan. Kesemua usaha tersebut telah mencapai kemajuan yang besar. Naib Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Pekan China, Encik Qiu Baoxing memaklumkan kepada pemberita kami: "Tahun lalu, kerajaan pusat memperuntukkan dana sebanyak 700 juta yuan RMB untuk menyokong pelaksanaan 212 projek pembinaan yang menggunakan bahan binaan yang boleh dikitar semula. Ini mendapat sambutan hangat di merata-rata tempat di China. Kerajaan peringkat tempatan aktif menyusun piawaian dan dasar keutamaan serta meneroka teknologi berkenaan untuk menggalakkan perkembangan industri pembinaan secara berterusan."

Sehingga penghujung tahun lalu, sistem pencahayaan dan pemanasan menggunakan tenaga suria dilaksanakan secara meluas dalam sektor pembinaan. Piawaian penjimatan tenaga dilaksanakan di kebanyakan bandar dan pekan China.

Menurut Encik Qiu Baoxing, pihaknya akan terus mengambil tindakan untuk menjimatkan sumber tenaga, seperti giat memperkenalkan penggunaan tenaga suria dan bumi, meneroka tenaga bersih di kawasan desa dan menyusun piawaian batas penggunaan tenaga dalam bangunan awam.

Naib Menteri itu menegaskan, China akan membentuk sistem penilaian kecekapan penggunaan tenaga terhadap industri pembinaan pada tahun ini.

"Sistem penilaian ini dibentuk berasaskan piawaian pemasaran yang baru industri pembinaan. Ini amat bermanfaat bagi kami menggalakkan penjimatan sumber tenaga dalam pembinaan baru."

Pasaran penjimatan tenaga dalam sektor pembinaan berskala amat besar. China akan terus mempelajari teknologi tinggi dan menimba pengalaman yang sesuai dari luar negara, di samping meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan kalangan tokoh pembinaan antarabangsa.

Sejak tahun 2005, persidangan bangunan hijau antarabangsa diadakan di China setiap tahun. Encik Qiu memaklumkan: "Pelbagai teknologi tinggi berhubung bangunan hijau dipamerkan dalam persidangan tersebut. China jauh ketinggalan daripada negara maju dalam bidang bangunan hijau. Jadi melalui platform ini, China boleh menimba pengalaman daripada negara Barat dan meningkatkan kerjasama antarabangsa."

Persidangan Bangunan Hijau Antarabangsa Ke-4 yang diadakan pada bulan April lalu menarik perhatian seluruh dunia. Singapura, Britain, Perancis, Jerman, A.S. dan India menghantar delegasi berskop besar untuk menyertai persidangan itu.

Kumpulan Sistem Kawalan Automatik Honeywell, salah sebuah perusahaan yang mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Pengurusnya Encik Xu Kejie menyatakan, Syarikat Honeywell prihatin terhadap perkembangan bangunan hijau di China, dan menganggap pasaran itu amat berpotensi.

"Kerajaan China giat memperkenalkan bangunan hijau dan telah menyediakan dasar keutamaan kepada kami. Sekiranya undang-undang berkenaan disusun, pasaran itu pasti akan dipiawaikan."

Encik Qiu Baoxing juga mempunyai keyakinan terhadap masa depan yang cerah pasaran bangunan hijau. Naib Menteri itu menyatakan sebagai negara yang memiliki penduduk yang paling ramai di dunia, bangunan hijau merupakan tindakan utama bagi China mewujudkan perkembangan berterusan. Menyentuh tentang kerjasama antarabangsa dalam bidang bangunan hijau, beliau berpendapat, selain mengadakan persidangan bangunan hijau antarabangsa, China juga mengambil cara-cara lain untuk meningkatkan kerjasama dengan negara luar dan pertubuhan antarabangsa. Dan ini telah mencapai hasil yang berkesan.

"China telah menandatangani kontrak dengan banyak badan antarabangsa mengenai latihan teknologi bangunan hijau, perkhidmatan teknologi dan bantuan kewangan. Umpamanya, kerajaan Itali menyumbangkan dana sebanyak 4 juta dolar Euro untuk memperkenalkan satu projek bangunan hijau di Universiti Tsinghua. Perancis pula akan memulihkan rancangan penawaran latihan kepada jurubina China. Projek berkenaan dengan Belanda sedang dijalankan. Kesemua kerjasama tersebut mencapai hasil yang besar."

Encik Qiu berkata, teknologi, konsep dan pengalaman antarabangsa telah merangsang perkembangan bangunan hijau China. Berdasarkan sasaran kerajaan, dari tahun 2006 hingga 2010, China akan menjimatkan sebanyak 100 juta tan arang batu dengan memperkenalkan bangunan hijau dan konsep penjimatan tenaga dalam sektor pembinaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |