v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Olahraga China Tenang Apabila Dayron Robles Membaharui Rekod Dunia dalam Acara 110 Meter Lari Lompat Pagar Lelaki
2008-06-19 11:54:49 CRI

(Atlet Cuba, Dayron Robles)

Atlet Cuba, Dayron Robles membaharui rekod dunia dalam acara 110 meter lari lompat pagar lelaki dalam Grand Prix Persatuan Olahraga Dunia yang diadakan di Ostrava, Czech dengan masa ialah 12:87 saat. Rekod dunia acara ini dicipta oleh atlet China, Liu Xiang pada bulan Julai tahun 2006 dengan masa 12:88 saat. Apakah kesannya kepada Liu Xiang ketika mengambil bahagian dalam acara 110 meter lari lompat pagar lelaki dalam Sukan Olimpik Beijing nanti? Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga China, Feng Shuyong memberikan pandangannya tentang hal itu.

(Encik Feng Shuyong)

Encik Feng Shuyong menyatakan bahawa keupayaan Dayron Robles mencipta rekod dunia yang baru bukan di luar jangkaan pasukan olahraga China, tetapi, membaharui rekod dunia itu dua bulan sebelum Sukan Olimpik memang di luar jangkaan mereka. Katanya: "Sebenarnya hal ini bukan di luar jangkaan kami. Dayron Robles telah menunjukkan kehebatannya bermula pada separuh tahun kedua tahun 2006. Melalui penyertaannya dalam pertandingan pada tahun lalu, beliau telah meningkatkan kehebatannya. Kami merasakan bahawa sekiranya keadaannya adalah baik dalam pertandingan, maka beliau tentu akan membaharui rekod dunia itu. Tapi, kami tidak menjangka sama sekali rekod dunia itu dibaharui pada masa ini. Ketika saya mendengar berita ini, saya masih berasa tidak percaya."

Sebelum Dayron Robles membaharui rekod dunia itu, atlet China Liu Xiang mengekalkan kedudukannya sebagai juara Sukan Olimpik, pemegang rekod dunia dan juara Kejohanan Dunia. Oleh itu, Liu Xiang dianggap sebagai pesaing yang paling hebat untuk merebut pingat emas acara itu dalam Sukan Olimpik Beijing nanti. Pendapat umum ini memberikan tekanan yang berat kepada Liu Xiang. Sehubungan dengan itu, Encik Feng Shuyong merasakan bahawa dari perspektif lain, kejayaan Dayron Rebles membaharui rekod dunia itu mungkin merupakan perkara yang baik. Katanya: "Saya telah berhubung dengan jurulatih Liu Xiang, Encik Sun Haiping. Kami merasakan ini adalah perkara yang sihat. Sebenarnya menang atau kalah dalam pertandingan antara Liu Xiang dengan Dayron Robles adalah perkara biasa. Kini, dengan kejayan Dayron Rebles itu, saya rasa Liu Xiang terlepas dari tekanan dan mendapat berfaedah dari segi psikologi."

(Atlet China, Liu Xiang)

Dayron Rebles mencapai kecemerlangan ini ketika dua bulan sebelum Sukan Olimpik Beijing. Sama ada beliau dapat mengekalkan kedudukannya dalam Sukan Olimpik nanti atau tidak. Encik Feng Shuyong memberikan pandangannya sendiri. Katanya: "Sesiapa pun tidak dapat menjangka perkara ini boleh berlaku sebab keunikan setiap atlet tidak sama. Namun, ada satu perkara yang sama, iaitu sesiapa pun tidak dapat mengekalkan keadaan yang paling baik dalam tempoh yang lama. Beliau tentu berada dalam keadaan yang paling baik dari pelbagai bidang aspek, maka itu beliau dapat membaharui rekod dunia. Satu perkara yang perlu dijelaskan ialah dalam acara 110 meter lari lompat pagar lelaki, persembahan pesaing juga memberikan pengaruh kepada atlet."

(Atlet China, Liu Xiang)

Liu Xiang tidak dapat menyelesaikan pertandingan dalam Grand Prix Persatuan Olahraga Antarabangsa yang diadakan tidak lama lagi kerana kecederaan dan melanggar peraturan ketika mula berlari. Tambahan pula, Dayron Robles telah membaharui rekod dunia. Orang ramai merasa bimbang terhadap masa depan Liu Xiang dalam Sukan Olimpik Beijing nanti. Munginkah Liu Xiang akan pulih daripada kecederaannya? Adakah Liu Xiang dapat membina dirinya ke tahap yang paling baik dalam Sukan Olimpik Beijing? Sehubungan dengan itu, Encik Feng Shuyong menyatakan bahawa Liu Xiang dikatakan melepaskan peluang dalam Grand Prix Persatuan Olahraga di stesen New York Antarabangsa kerana kecederaannya mungkin akan menjadi serius dalam pertandingan yang begitu sengit. Sebenarnya, kecederannya tidak serius, jadi kita tidak perlu bimbang.

Selain itu, Encik Feng Shuyong juga memaklumkan bahawa Liu Xiang telah peluang ke China. Menurut jadualnya, Liu Xiang akan mengikuti latihan di dalam negara China sebelum Sukan Olimpik Beijing dan tidak akan menyertai sebarang pertandingan yang diadakan di luar negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |