v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Duta Besar Sri Lanka ke China, Encik Karunatilaka Amungama
2008-07-03 14:19:33 CRI

Encik Karunatilaka Amungama berminat akan sukan. Beliau berasa amat gembira dapat bertugas di Beijing kerana Beijing akan mengadakan Sukan Olimpik tahun ini. Dalam ruangan hari ini, beliau akan menggambarkan Sukan Olimpik mengikut pandangannya dan harapan beliau terhadap Sukan Olimpik Beijing.

Encik Karunatilaka Amungama agak tinggi orangnya dan beliau kelihatan agak muda, seperti berumur dalam lingkungan 30 tahun. Dalam wawancara dengan beliau, wartawan mengetahui bahawa beliau pernah berkhidmat di Kedutaan Besar Sri Langka di beberapa buah negara dan menjawat jawatan Duta Besar di Thailand dan Jepun. Wartawan tetanya-tanya apakah rahsia beliau begini muda tapi mempunyai pengalaman yang begitu banyak? Ketika dihadapikan soalan tersebut, Encik Karunatilaka Amungama menyatakan dengan bangganya bahawa sebenarnya beliau sudah berumur 50 tahun. Beliau mempunyai badan yang sihat kerana beliau selalu menyertai acara sukan. Katanya: "Saya amat berminat akan sukan ketika masih belajar lagi. Sukan yang paling saya minati ialah bola keranjang, kriket dan renang. Ketika kita menghadapi kesukaran dalam acara sukan, kita akan mencari kaedah penyelesaian dan dengan itu dapat meningkatkan kemampuan sendiri. Saya mendapat banyak faedah daripada pengalaman bersukan."

Encik Karunatilaka Amungama tidak sabat menanti Sukan Olimpik yang akan datang. Beliau menyatakan bahawa China mewakili Asia, takni mewakili tamadun lama. Sukan Olimpik Beijing mengharumkan nama Asia. Katanya: "Asia merupakan salah satu kawasan yang ekonominya berkembang pesat di dunia. Sebagai seorang warga Asia, saya berasa amat bangga kerana China dapat menganjurkan Sukan Olimpik Beijing. Saya berharap Sukan Olimpik Beijing dapat menjadi satu temasya sukan yang aman, selamat dan membanggakan kesemua warga Asia."

Sri Lanka merupakan salah sebuah negara yang hebat dalam acara kriket. Atletnya pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan Kriket Dunia. China dan Sri Lanka telah menandatangani satu perjanjian kerjasama yang bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam sukan pada 26 Februari lalu. Atlet dan jurulatih acara kriket Sri Lanka akan melawat China, dan China juga akan menghantar atlet dalam acara Sukan yang tarafnya tinggi melawat Sri Lanka. Encik Karunatilaka Amungama melahirkan harapan yang tinggi kterhdap kerjasama dalam sektor sukan antara kedua-dua negara. Katanya: "Tahun lalu merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Sri Lanka dan juga merupakan tahun persahabatan kedua-dua negara. China dan Sri Lanka mempunyai hubungan yang baik dalam sejarah. Sebagai salah satu bahagian dalam perjanjian kerjasama ini, aspek sukan tidak boleh dikurangkan, kerana sukan merupakan salah satu pengantara yang penting bagi meningkatkan persahabatan rakyat kedua-dua negara. Perjanjian kerjasama dalam sektor sukan yang dicapai antara kedua-dua negara akan meningkatkan lagi pertukaran atlet antara kedua-dua negara."

Encik Karunatilaka Amungama memberitahu wartawan bahawa Sri Lanka merupakan sebuah negara yang berminat kepada sukan. Oleh itu, rakyatnya ternanti-nanti akan Sukan Olimpik Beijing. Pendengar dari Sri Lanka juga giat menyertai kuiz pengetahun tentang Sukan Olimpik yang dianjurkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI). Ramai antaranya juga yang mandatangani ruang yang disediakan untuk menyokong Sukan Olimpik Beijing. Katanya: "Rakyat Sri Lanka amat berminat akan sukan, dan China merupakan rakan Sri Lanka. Rakyat Sri Lanka ternanti-nanti akan Sukan Olimpik Beijing. Mereka amat gembira dapat menyertai aktiviti tentang Sukan Olimpik Beijing seperti kuiz pengetahun yang diadakan oleh CRI."

Encik Karunatilaka Amungama berkata bahawa sekiranya beliau lebih muda 30 tahun daripada sekarang, beliau berharap mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik ini. Harapan untuk menyertai pertandingan tidak dapat dicapai, jadi, menikmati pertandingan dalam Sukan Olimpik ini menjadi impiannya. Beliau berkata bahawa acara yang paling menarik minatnya ialah pertandingan akhir lari 100 meter lelaki dan wanita. Ini disebabkan atlet terkenal Sri Lanka, Susanthika Jayasinghe berjaya meraih pingat perak dalam acara lari 200 meter dalam Sukan Olimpik Sydney 2000, dan menjadi atlet pertama Sri Lanka yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik. Oleh itu, rakyat Sri Lanka memberikan perhatian kepada acara lari dalam Sukan Olimpik.

Encik Karunatilaka Amungama menyatakan bahawa China merupakan sebuah negara yang hebat dalam acara sukan. Secara khusus, China telah mengatasi Rusia menduduki tangga kedua dalam senarai pingat dalam Sukan Olimpik Athens 2004. Beliau yakin, sebagai tuan rumah, China dapat mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik nanti. Katanya: "Sebagai tuan rumah, saya yakin China dapat mencapai kejayan yang lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik kali ini berbanding masa dahulu. Atas sokongan rakyat China yang seramai 1300 juta orang, atlet China tentu dapat memberikan persembahan yang baik."

Pada akhir wawancara ini, Encik Karunatilaka Amungama menyatakan harapannya yang baik terhadap Sukan Olimpik Beijing menerusi siaran radio kami. Katanya: "China berkemampuan untuk mejayakan Sukan Olimpikini. Saya, mewakili kerajaan Sri Lanka dan rakyatnya berharap semoga Beijing berjaya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |