v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Singapura Berhasrat Raih Pingat dalam Sukan Olimpik Beijing
2008-08-07 20:28:40 CRI

Atlet pingpang Singapura, Li Jiawei ialah salah seorang atlet yang diberi harapan tinggi untuk meraih pingat dalam Sukan Olimpik Beijing. Li Jiawei yang berasal dari Beijing dianggap mempunyai kelebihan semasa bertanding di temasya sukan itu dan boleh bermain dengan lebih hebat." Katanya: "Saya amat menanti-nantikan untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing. Saya mulai mengikuti latihan di Singapura sejak berusia 14 tahun dan sangat berhasrat untuk meraih satu pingat untuk Singapura."

Sebagai atlet daripada pasukan pingpong Beijing pada masa dahulu, Li Jiawei amat mengetahui tentang kehebatan pasukan pingpong China. Bagaimanapun, menurut beliau kehebatan pasukan pingpong Republik Korea, Jepun, Hong Kong, A.S. dan Belanda juga tidak boleh dipandang rendah. Mereka mungkin menjadi pesaing yang hebat bagi Singapura untuk meraih pingat perak atau gangsa dalam acara pingpong. Di samping giat memperbaiki keadaan sendiri untuk bertanding, Li Jiawei juga berharap dua orang pemain pingpong Singapura yang lain dapat mengetepi segala tekanan dan menunjukkan kehebatan penuh mereka dalam Sukan Olimpik Beijing.

Koh Seng Leong, naib johan dalam acara perahu layar kategori Laser Sukan Asia Doha juga akan menyertai Sukan Olimpik nanti. Menurutnya, pertandingan perahu layar yang akan diadakan di bandar Qingdao amat bersesuaian bagi atlet Singapura kerana angin laut di sana tidak begitu kuat dan hampir sama seperti di Singapura. Beberapa pasukan hebat dari Britain dan Australia mungkin tidak sesuai dengan keadaan angin tersebut. Walau bagaimanapun, Koh Seng Leong berkata, masih terdapat beberapa faktor yang tidak menentu dalam pertandingan perahu layar. Katanya: "Faktor seperti keadaan angin dan arus air tidak dapat dikawal. Yang boleh saya kawal ialah berat badan dan latihan. Maka, saya perlu mengawalnya dengan baik supaya mencapai hasil yang memuaskan dalam pertandingan nanti."

Menurut beliau, walaupun Singapura telah terkehadepan dalam acara perahu layar di rantau Asia, namun masih perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasil yang baik dalam Sukan Olimpik.

Pelbagai kalangan masyarakat Singapura meletakkan harapan yang amat tinggi kepada atlet mereka untuk meraih pingat dalam Sukan Olimpik Beijing. Perkara itu turut memberi tekanan yang tertentu kepada para atlet. Naib Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Encik Ng Ser Miang yang juga ahli eksekutif Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa berpendapat: "Tekanan tertentu dianggap perkara yang baik asalkan ia mampu ditanggung oleh atlet. Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang persaingannya paling hebat di dunia. Dalam satu acara pertandingan, hanya terdapat tiga orang atlet yang terbaik. Mereka yang dapat meraih pingat emas, perak dan gangsa. Maka, kami tetap berasa bangga untuk atlet kami sekalipun mereka gagal memperoleh pingat."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |