v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing Mendatangkan Peluang Perniagaan yang Besar
2008-08-11 12:16:15 CRI

Sejak Beijing berjaya mendapat hak menganjurkan Sukan Olimpik 2008, selain daripada temasya sukan itu, salah satu topik rundingan yang lain ialah peluang perniagaan yang didatangkan oleh Sukan Olimpik Beijing. Ketika memperkatakan peluang perniagaan, pertama sekali kita pasti akan menyebut sektor makan dan minum. Dengan kehadiran sejumlah lima juta orang pelancong asing dan 100 juta orang pelancong dalam negara, keperluan makan dan mimun di Beijing dalam tempoh temasya sukan ini pasti akan meningkat. Sebenarnya, Sukan Olimpik Beijing mendatangkan peluang perniagaan dalam pelbagai bidang.

Menurut pakar dalam bidang berkenaan, Sukan Olimpik Beijing akan mendatangkan peluang perniagaan yang bernilai 18 bilion yuan RMB kepada sektor restoran. Bagi pelbagai syarikat makanan dan minuman, kawasan di sekitar gelanggang Sukan Olimpik merupakan tempat persaingan mereka. Kini, terdapat lebih kurang 80 buah restoran yang mempunyai keistimewaan masing-masing di sekitar "Sarang Burung", iaitu Stadium Negara China. Li Jun, pegawai daripada salah sebuah restoran tersebut menyatakan bahawa mereka memutuskan akan membuka restoran mereka pada 8 Ogos nanti. Katanya: "8 Ogos bukan sahaja merupakan hari bertuah untuk membuka restoran, tetapi juga hari perasmian Sukan Olimpik Beijing. Kami memilih tempat yang dekat dengan 'sarang burung' kerana kami berharap bukan sahaja dapat merebut peluang perniagaan ketika Sukan Olimpik Beijing, bahkan selepas temasya sukan ini."

Seperti yang dinyatakan oleh Encik Li Jun, peluang perniagaan bukan sahaja terhad dalam sebulan ini, malah yang lebih penting ialah perkembangannya selepas temasya sukan ini. Katanya: "Sebagai sebuah restoran, kami lebih mementingkan peluang perniagaan selepas Sukan Olimpik. Kami tahu banyak ibu pejabat syarikat yang terkenal akan ditempatkan di sini, dan dengan itu iklim perniagaan di sini akan bertambah baik. Contohnya, ramai orang yang akan melawat Taman Olimpik selepas temasya sukan ini dan banyak bangunan perumahan yang akan dibina di sini. Walau apa pun, kami berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan dengan peluang yang disediakan oleh Sukan Olimpik Beijing ini."

Pelancong dan penonton luar negara pasti ramai yang akan datang ke Beijing dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing nanti. Keperluan mereka bukan sahaja dalam sektor makan dan mimun, tetapi juga dalam bidang pengangkutan. Ini merupakan peluang yang baik bagi sektor penyewaan kenderaan yang hanya baru berkembang beberapa belas tahun kebelakangan ini di China. Ketua Pengarah Syarikat Taxi Beijing Beiqi Beijing Berhad, Wang Xiaojun berkata: "Jumlah utus niaga kami sudah bertambah banyak, dan hampir semua kenderaan kami sudah disewa. Kenderaan telah ditempah lebih awal kerana kawalan lalu lintas, iaitu kenderaan di Beijing hanya dibenarkan bergerak mengikut giliran berasaskan nombor kereta ganjil atau genap dalam tempoh Sukan Olimpik."

Beliau menjelaskan bahawa walaupun peningkatan jumlah urus niaga dalam sektor penyewaan kenderaan hanya bertahan dalam tempoh yang amat singkat, namun kaedah penyelarasan operasi sektor ini dengan arena antarabangsa meningkatkan pengalaman yang berharga bagi sektor ini.

Selain sektor makan dan mimun serta penyewaan kenderaan, sektor kebudayan di Beijing, khususnya sektor kebudayaan tradisional juga mendapat faedah daripada peluang peniagaan sepanjang Sukan Olimpik ini. Liulichang yang terletak di daerah Xuanwu, Beijing merupakan kawasan yang mengumpulkan bahan dan amalan kebudayaan tradisional China. Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai warga asing datang ke sini. Enrica Diomede yang berasal dari Itali ini, sudah belajar bahasa Mandarin di Beijing selama empat tahun. Beliau amat berminat terhadap kebudayaan China. Katanya: "Saya amat berminat terhadap kebudayaan China. Sebenarnya, ramai warga Itali yang berminat terhadap kebudayaan China. Bahasa Mandarin amat popular di Itali kerana banyak syarikat di sana mempunyai hubungan dengan China."

Ramai warga asing yang berminat terhadap kebudayaan China akan menggunakan peluang Sukan Olimpik sebagai peluang untuk melawat Beijing. Ini memberikan peluang yang berharga bagi kawasan kebudayaan Liulichang untuk mengembangkan kebudayan tradisional China, dan mewujudkan peluang perniagaan yang besar. Banyak kedai di jalan ini yang telah menghias pintu depannya dengan unsur-unsur kebudayaan tradisional China untuk menarik lebih ramai pelanggan asing. Zhao Li, tuan punya kedai tulisan dan lukisan memberitahu wartawan bahawa: "Saya meletakkan lukisan tradisional seperti bunga dan Tembok Besar di luar pintu, kerana mungkin ramai orang yang tidak sempat melawat Tembok Besar. Mereka boleh membeli lukisan di sini."

Pelbagai sektor perkhidmatan di Beijing telah membuat persipaan untuk menyambut Sukan Olimpik Beijing. Memuaskan hati para pelancong daripada pelbagai tempat di dunia sepanjang tempoh mereka berada di Beijing merupakan hasrat bersama peniaga, pelancongan dan pihak penganjur.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |