v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan pada 12 Ogos
2008-08-12 15:46:57 CRI

12 Ogos, saya tiba di Pusat Media Antarabangsa Beijing 2008 (BIMC) pada pukul 6 pagi, sebab BIMC telah menyediakan sebahagian tiket pertandingan Sukan Olimpik Beijing untuk wartawan yang mendaftar di BIMC.

Saya ingat, jika saya tiba di sana sebelum pukul 6 pagi, saya pasti akan menjadi orang pertama atau kedua berbaris depan kaunter tiket supaya saya dapat membeli tiket pertandingan yang diadakan di Kiub Air.

Saya pernah menonton pertandingan di Sarang Burung, dan juga berharap dapat menyaksikan pertandingan di Kiub Air. Tetapi ketika saya tiba di pusat urusan tiket di BIMC, saya terkejut kerana lebih 30 orang wartawan telah berbaris di sana.

Wartawan berbaris menunggu di pusat urusan tiket di BIMC.

Katanya, wartawan yang pertama dalam giliran itu mula berbaris di sana pada pukul 10 malam semalam, dan beliau juga mahu membeli tiket pertandingan di Kuib Air. Malangnya, tiket untuk Kuib Air yang dijual hari ini hanya sekeping sahaja.

Wartawan yang berbaris di sana memberitahu saya bahawa mereka tidak mempunyai pas MPC dan IBC maka tidak boleh memasuki stadium. Jadi memberli tiket merupakan salah satu caranya untuk menyelesaikan tugas laporan mereka. Oleh sebab itu, mereka datang awal untuk membeli tiket meskipun tidak tidur sepanjang malam.

Bagi wartawan, "Olympic Games" bukan satu permainan, tetapi bagaikan "medan pertempuran" yang penuh persaingan. Setiap wartawan mesti berusaha dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas mereka dengan sempurna.

Akhirnya, saya ingin merakamkan harapan agar setiap rakan sekerja saya menyelesaikan kerja mereka dengan lancar dan berjaya, dan dapat menikmati lawatan mereka di Beijing kali ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |