v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Kumpulan Pembantu NOC
2008-08-14 10:06:10 CRI

Kampung Olimpik merupakan tempat tinggal atlet, jurulatih dan pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sepanjang tempoh Sukan Olimpik Beijing. Seramai 5400 orang sukarelawan pula memberikan perkhidmatan sebagai pengiring, pembantuan pemeriksaan keselamatan, operasi media dan perubatan.

Kumpulan Pembantu Jawatankuasa Olimpik China (NOC) yang terdiri daripada hampir 1000 orang sukarelawan bertanggungjawab untuk mengiringi kontinjen dari pelbagai negara dan wilayah, dan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh mereka. Anggota kumpulan pembantu NOC inilah merupakan orang yang paling banyak dihubungi oleh kontijen dalam tempoh temasya sukan ini.

Kebanyakan anggota kumpulan sukarelawan ini ialah mahasiswa. Fasih bertutur dalam bahasa asing merupakan prasyarat untuk menganggotai kumpulan ini. Wu Hejia, salan seorang anggota kumpulan ini datang dari jurusan bahasa Sepanyol Institut Bahasa Asing II Beijing. Dalam tempoh Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing ini, dia bertanggungjawab untuk mengiringi anggota kontinjen dari negara yang bahasa ibunda mereka bahasa Sepanyol. Wu Hejia menceritakan tugasnya kepada wartawan. Katanya: "Kami memberikan perkhidmatan kepada pelbagai kontijen. Kami berhubung dengan ketua kontinjen tersebut dan mereka memberikan bantuan kepada para atlet dalam bidang penginapan, makan, mimun dan pengangkutan menurut keperluan mereka. Hampir 30 buah kontinjen yang bahasa ibundanya bahasa Sepanyol berada di Beijing sekarang ini. Saya bertugas untuk memberikan perkhidmatan kepada peserta dari negara-negara Amerika Latin."

Kumpulan Pembantu NOC tersebut memberikan perkhidmatan kepada setiap kontinjen yang menyertai Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Paralimpik Beijing. Lebih kurang 10 orang sukarelawan kumpulan ini memberikan perkhidmatan sepanjang tempoh temasya sukan ini kepada kontinjen yang jumlah anggotanya besar seperti kontinjen Sepanyol, manakala tiga hingga empat orang memberikan perkhidmatan kepada kontinjen jumlah anggotanya kecil.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing mula memberikan latihan kepada sukarelawan kumpulan mahasiawa ini pada awal tahun ini. Wu Hejia berkata: "NOC memberikan latihan teori yang baik kepada kami. Kandungannya termasuk tugas utama dan cara untuk menangani kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, seperti menyuraikan orang ramai, membantu proses pemeriksaan keselamatan, ujian kencing dan perubatan. Kami juga mengikuti latihan fizikal untuk meningkatkan kemantapan fizikal dan semangat kerjasama kumpulan ini."

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja memberikan latihan yang sempurna kepada para sukarelawan, tetapi juga mengatur tugas menurut minat dan kemampuan mereka.

Gui Jun, ialah salah seorang anggota kumpulan tersebut. Dia merupakan mahasiawa tahun ketiga dari jurusan bahasa Inggeris Universiti Bahasa Beijing. Dia ditugaskan di Pusat Perkhidmatan NOC di Kampung Olimpik dan membantu menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penterjemah yang mengiringi kontinjen terbabit. Katanya: "Pembimbing di Pusat Perkhidmatan NOC telah menjelaskan tugas di sini dengan terperinci. Kami diminta menulis minat masing-masing di atas kertas. Mereka pula memberikan tugas yang berbeza kepada kami berdasarkan minat kami dan persembahan kami setiap hari."

Antara anggota kumpulan pembantu NOC tersebut, selain dari sukarelawan yang teridiri daripada mahasiswa yang muda-muda, terdapat juga orang tua. Mereka ialah pegawai perhubungan yang dipilih oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing. Mereka bertugas secara langsung dengan ketua-ketua kontinjen dan memberikan perkhidmatan sebagai penterjemah kepada mereka. Pegawai perhubungan ini merupakan pakar bahasa asing dari Kementerian Luar China, Radio Antarabangsa China, Jabatan Am Kastam China dan Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing. Mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam urusan yang berkait dengan luar negara.

Baik sukarelawan mahasiswa mahu pun pakar tersebut, kesemua mereka ini memberikan sumbangan yang besar kepada temasya sukan ini dengan kelebihan dalam bahasa asing yang dimiliki mereka dan usaha yang bersungguh-sungguh.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |