v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan pada 16 Ogos
2008-08-16 17:24:16 CRI

Banyak hal yang tak kan saya lupakan telah berlaku dalam beberapa hari yang lalu. Dengan bantuan rakan sekerja dari Singapura, saya mendapat peluang untuk mewawancara beberapa orang tetamu kehormat Singapura yang melawat ke Beijing, termasuk Presiden S. R. Nathan. Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk bertemu dengan seorang Presiden dan ini menjadi pengalaman yang amat berharga bagi saya sebagai seorang wartawan. Saya merakamkan ribuan terima kasih atas bantuan rakan dari MediaCorp Singapura.

Semalam, Singapura berjaya mara ke pertandingan akhir Ping Pong berpasukan wanita. Kemenangan ini telah membanggakan rakyat Singapura. Kami turut berasa gembira. Kami segera menghubungi Ketua Kontinjen Singapura, Dr. Tan Eng Liang melalui telefon untuk mengucapkan syabas atas pencapaian Singapura yang cemerlang ini.

Dalam perkembangan lain, pemain utama Malaysia, Lee Chong Wei juga berjaya mara ke pertandingan akhir selepas menundukkan Lee Hyun-il semalam. Beliau mungkin akan membawa pingat emas Olimpik yang pertama buat Malaysia. Bagi saya, susah sekali untuk memutuskan sama ada menyokong Lee Chong Wei atau Lin Dan dalam pertandingan akhir esok. Bagaimanapun, sekali lagi menyatakan kekaguman dan tahniah kepada semua atlet dari Malaysia dan Singapura.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |