v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan pada 17 Ogos
2008-08-18 08:52:22 CRI

17 Ogos, kontinjen Singapura merangkul pingat perak menerusi acara Ping Pong berpasukan wanita. Pada hari yang sama, pemain utama Malaysia, Lee Chong Wei memenangi pingat perak acara badminton perseorangan lelaki.

Mungkin ada orang berasa kecewa kerana Chong Wei gagal meragut pingat emas Olimpik yang pertama untuk Malaysia, tetapi pada pendapat saya, mereka tidak perlu merasa sesal. Prestasi atlet Malaysia dalam sukan kali ini cukup cemerlang, lebih-lebih lagi dalam acara badminton.

Dalam separuh akhir, Chong Wei mengatasi jaguh Republik Korea, Lee Hyun-il, dan sebelum itu, Wong Choong Hann pula menewaskan Taufik, juara Sukan Olimpik Athens. Kesemuanya ini telah mencerminkan taraf tinggi pasukan badminton Malaysia. Saya juga percaya, usaha kontinjen Malaysia untuk mengejar matlamat yang "lebih tinggi, lebih cepat dan lebih kuat" tidak akan berhenti selepas Sukan Olimpik Beijing. Saya juga berharap pemain-pemain Malaysia memperlihatkan prestasi yang lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik London.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |