v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Sukarelawan Jurubahasa di Pusat Perkhidmatan Bahasa-bahasa Asing Olimpik
2008-08-19 21:59:40 CRI

Lebih 240 orang sukarelawan yang bertugas di Pusat Perkhidmatan Bahasa-bahasa Asing menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam lebih 40 jenis bahasa asing kepada atlet, jurulatih, pegawai dan pelancong dari luar negara sepanjang Sukan Olimpik berlangsung. Penubuhan pusat perkhidmatan bahasa-bahasa asing tersebut merupakan hasil usaha bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) dan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU).

Liu Qing ialah seorang sukarelawan penterjemah bahasa Jepun yang bertugas di pusat ini. Baru-baru ini, wartawan CRI telah menemu ramah Liu Qing di BFSU. Seterusnya, saya akan membawa saudara ke Pusat Perkhidmatan Bahasa-bahasa Asing untuk mendekati kehidupan Liu Qing sehari di sana dalam musim Olimpik ini.

Liu Qing ialah pelajar tahun dua program sarjana pengajian bahasa Jepun di BFSU. Pada pukul 8 pagi, dia masuk ke pejabat tepat pada waktunya. Perkara pertama yang dilakukannya sebaik-baik sahaja masuk ke pejabat ialah membuka komputer dan segera menyesuaikan diri untuk memulakan kerja untuk hari itu.

Oleh sebab panggilan masuk pada sebelah pagi tidak begitu banyak, Liu Qing telah bersetuju untuk ditemu ramah sambil bekerja.

"Menjadi sukarelawan Sukan Olimpik amat bermakna bagi saya. Peluang ini jarang ada kerana bagi China, inilah kali pertama menjadi tuan rumah sukan terbesar di dunia ini. Apatah lagi, kemungkinan besar saya tiada masa lagi untuk berkhidmat sebagai sukarelawan jika sudah mula bekerja nanti."

Untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan di Beijing, Liu Qing telah membatalkan rancangannya untuk balik ke kampung dan melancong bersama keluarganya pada cuti panjang musim panas ini.

"Saya jarang balik ke kampung, kecuali ketika cuti panjang pada musim panas dan musim sejuk. Saya belum menziarahi keluarga saya selepas pulang dari cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Saya tahu, mereka juga rindu akan saya. Tapi, saya membuat keputusan tidak balik ke kampung cuti musim panas tahun ini kerana mahu berkhidmat sebagai sukarelawan Sukan Olimpik. Biasanya, saya akan melancong bersama-sama keluarga pada cuti musim panas. Walaupun, saya tidak dapat menemani mereka kali ini, tapi saya tidak menyesal. Saya pasti lebih menyesal jika terlepas peluang menjadi sukarelawan sukan kali ini."

Liu Qing menyerahkan permohonannya untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik pada bulan April lalu dan mendapat jawapan positif tidak lama kemudian.

Pada bulan Julai lalu, dia telah menerima latihan psikologi, etiket dan kemahiran penterjemahan lisan sebagai sukarelawan jurubahasa. Setelah lulus latihan tersebut, Liu Qing mula bertugas sebagai sukarelawan Sukan Olimpik pada 24 Julai lalu. Ketika ditanya tentang perasaannya ketika diberitahu dia berjaya dipilih sebagai sukarelawan, dia berkata,

"Saya amat teruja dapat menjadi sukarelawan. Baik kawan saya mahupun ahli keluarga, semuanya berasa amat bangga, bahkan ada yang sedikit iri hati kerana saya menjadi sukarelawan Sukan Olimpik kali ini."

Ketika Liu Qing sedang berbual-bual dengan wartawan kami, telefon di pejabatnya berbunyi. Panggilan ini dari seorang pelancong Jepun yang datang ke Beijing untuk menyaksikan pertandingan Sukan Olimpik. Pelancong Jepun itu membuat panggilan untuk bertanya sama ada mesin ATM di Beijing boleh mengeluarkan Yen Jepun atau tidak. Dengan bantuan Liu Qing, sukarelawan China yang berada di sisi pelancong Jepun itu dapat memahami pertanyaan tersebut dan membantu pelancong itu mengatasi masalah yang diharapinya.

Ketika cenceritakan kisah satu panggilan yang diterimanya beberapa hari yang lalu, Liu Qing menyatakan dia sangat gembira kerana dapat membantu rakyat Jepun melalui perkhidmatan pentejemahan yang ditawarkannya:

"Seorang warga Jepun yang menginap di hotel menelefon kami kerana dia kehilangan resit dobi. Dia sangat risau kerana tidak dapat mengambil kembali pakaiannya."

Ketika ditanya tentang pandangannya terhadap kerja sukarelawan jurubahasa, Liu Qing berkata,

"Tugas utama kami ialah menyediakan perkhidmatan bahasa. Warga Jepun yang langsung tidak tahu berbahasa Mandarin akan berasa sangat susah ketika menghadapi masalah di China. Jika mereka menelefon kami dan dapat mengatasi masalah dengan bantuan kami. China akan meninggalkan kesan yang sangat baik kepada mereka."

Pukul satu petang ialah waktu makan tengah hari bagi para sukarelawan di Pusat Perkhidmatan Bahasa-bahasa Asing BFSU. Namun, tidak seorang pun meninggalkan pejabat untuk makan tengah hari. Liu Qing memberitahu wartawan bahawa biasanya panggilan masuk banyak diterima pada waktu tengah hari, jadi dia dan rakan-rakannya tidak akan keluar dari pejabat ketika itu.

Ketekunan Liu Qing dan ratusan sukarelawan yang berkhidmat di pusat bahasa-bahasa asing ini telah menunaikan janji China kepada dunia untuk menjayakan Sukan Olimpik Beijing.

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |