v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan pada 22 Ogos
2008-08-22 16:41:27 CRI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Sukan Singapura, Encik Oon Jin Teik melawat ke CRI semalam.

Dalam wawancara dengan kami, beliau menilai tinggi pencapaian atlet Singapura dalam Sukan Olimpik kali ini, lebih-lebih lagi pasukan pingpong wanita. Selain itu, beliau juga menyanjung tinggi penganjuran Sukan Olimpik Beijing dan berpendapat, kejayaan Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja merupakan kebanggaan bagi China, tetapi juga merupakan kebanggaan bagi Asia.

Beliau juga mengalu-alukan atlet-atlet muda dari seluruh dunia untuk menyertai Sukan Olimpik Pemuda pertama yang akan diadakan di Singapura pada tahun 2010.

Pada pendapat saya, Singapura memenangi hak penganjuran Sukan Olimpik Pemuda yang pertama itu juga merupakan kebanggaan bagi seluruh Asia. Ini membuktikan bahawa kedudukan Asia dalam kalangan sukan seluruh dunia semakin meningkat. Saya juga berharap atlet pemuda China yang telah memperlihatkan kemampuan mereka dalam Sukan Olimpik kali ini dapat mencapai hasil yang baik di Singapura pada tahun 2010. Saya juga berharap agar lebih ramai atlet pemuda dapat menunjukkan prestasi mereka dalam temasya sukan di Singapura itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |