v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

 Pelancongan Sukan Olimpik yang Tidak Dapat Dilupakan
2008-08-28 09:32:23 CRI

Sukan Olimpik Musim Panas Ke-29 yang berlangsung selama 16 hari telah ditutup di Beijing pada 24 Ogos lalu. Sukan Olimpik kali ini memberikan peringatan yang mendalam kepada kontinjen pelbagai negara.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Olimpik Thailand, Charouck Arirachkaran baru-baru ini ketika diwawancara menyatakan bahawa bagi rakyat Thailand, China merupakan negara yang mesra. Rakyat Thailand datang ke China serupa kembali rumah sendiri.

Charouck Arirachkaran yang berumur 74 tahun telah memikul jawatan sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Olimpik Thailand selama 25 tahun. Sebelum 35 tahun yang lalu, beliau telah melawat China. Selepas itu, beliau melawat Beijing dengan lebih 30 kali untuk bertukar-tukar pandangan dalam bidang sukan. Beliau menyaksikan perubahan Beijing pada beberapa tahun kebelakangan ini.

"Hubungan persahabatan Suruhanjaya Olimpik Thailand dengan Suruhanjayan Olimpik China telah berlangsung selama lebih 40 tahun. Masa ini lebih lama berbanding dengan masa hubungan diplomatik Thailand-China. Saya melawat China dengan kali pertama pada 35 tahun yang lalu. Pada waktu itu, tiada kereta, hanya ada basikal, warna baju penduduk China yang sama sahaja dan membosankan, tidak sama berwarna-warni dengan kini. "

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Charouck Arirachkaran memberikan perhatinan tentang keadaan persiapan Sukan Olimpik Beijing. Selepas beliau dan kontinjen Thailand datang ke Beijng kali ini, mereka berasa puas hati terhadap kerja Suruhanjaya Penganjur Beijing.

"Syarakat Perkampungan Sukan Olimpik amat baik. Puteri negara kami, Maha Chakri Sirindhorn telah melawat atlet ke perkampungan itu dan juga melancong perkampungan dengan Datuk perkampungan tersebut. Beliau berasa gembira dan bersiar-siar ke kantin atlet."

Dalam tempoh Sukan Olimpik, Charouck Arirachkaran menonton pertandingan yang atlet Thailand sertai di pelbagai stadium. Beliau menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing boleh membuktikan, China mempunyai potensi yang besar, Sukan Olimpik Beijing memenangi kehormatan untuk kawasan Asia.

Ketua kontinjen Kemboja, Leftenan Jeneral LY Kosal dan rakan sekerjanya meninjau kerja Suruhanjata Olimpik Beijing sejak mereka tiba di China. Leftenan Jeneral LY Kosal berkata:

"Datang ke sini, saya berasa gembira kerana kerja daripada pelbagai aspek amat baik dan tidak perlu dibimbangkan, seperti aspek jaminan keselamatan dan lalu lintas. Sebelum datang ke Beijing, saya mendengar khabar angin yang suasana Bejing amat tegang dan risau. Naum, selepas tiba di Beijing, saya berasa selamat, kerana keadaan jaminan keselamatan China amat baik. Kerajaan China berupaya menjamin keselamatan dengan baik."

Tanggapannya yang sangat mendalam adalah sikap dan keupayaan pekerja Sukan Olimpik. Mereka mengatur jadual atlet, pegawai dan tetamu dengan amat baik.

"Makanan perkampungan amat baik, mempunyai pelbagai jenis. Sikap perkhidmatan pelayan juga sangat baik. Walaupun tabiat makan berbeza, tetapi keadaan tubuh badan kami adalah baik. Di sini, kami berasa gembira. "

Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung selama 16 hari berakhir pada malam 24 Ogos lalu. 16 hari, dunia menyaksikan Sukan Olimpik yang gemilang, dunia juga menikmati Beijing yang gemilang. Mari kita bersorak untuk Sukan Olimpik?

Bersorak untuk Sukan Olimpik adalah bersorak untuk semangat Olimpik iaitu "lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat"!

"Dalam tempoh 16 hari yang lalu, atlet dari 204 buah negara dan rantau mempamerkan semangat Olimpik. Dalam pertandingan, mereka mencapai hasil yang baik. 38 rekod dunia dan 85 rekod Sukan Olimpik dipecahkan dalam Sukan Olimpik kali ini."

Bersorak untuk Sukan Olimpik adalah bersorak untuk sasaran Olimpik iaitu "kedamaian, persepaduan, persahabatan, kemajuan".

"kedamaian, persepaduan, persahabatan, kemajuan" merupakan sasaran Sukan Olimpik yang dikemukakan oleh "Bapa Olimpik Moden", Lebaron Pierre De Coubertin. Ia bukan sahaja menjadi pusat semangat kemanusiaan Olimpik, tetapi juga menandakan sasaran bersama manusia. Sukan Olimpik membolehkan orang ramai dari pelbagai negara dan mempunyai agama, kulit dan bahasa yang berbeza berkumpul dan saling memahami agar menggalakkan persahabatan dan penyatuan.

Bersorak untuk Sukan Olimpik adalah bersorak untuk Beijing yang bandar penganjur Sukan Olimpik kali ini, bersorak untuk 1.3 bilion orang rakyat China. Pengerusi Suruhanjaya Olimpik Antrabangsa, Jacques Rogge menyatakan bahawa Beijing merupakan pilihan yang tidak perluh rasa sesal. Ketua Eksekutif Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa, Gibert Felli juga menyanjung tinggi terhadap Sukan Olimpik Beijing:

"Pertandingan beroperasi lancar. Kami boleh melihat stadium amat indah dan pertandingan juga seronok. Yang paling penting adalah pengaturan pertandingan amat lancar. Hubungan antara pegawai pelbagai negara dengan pegawai antarabangsa ditangani dengan baik. Sehingga kini, kami berasa puas hati terhadap semua kerja untuk Sukan Olimpik."

Tentang sumbangan China terhadap Olimpik, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan Olimpik Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa yang juga mantan Naib Pengerusi Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa, Encik He Zhenliang pernah menyatakan bahawa keistimewaan Sukan Olimpik adalah perluasannya. Sukan Olimpik Beijing memperkenalkan konsep "Olimpik Hijau", "Olimpik Berteknologi Tinggi" dan "Olimpik Kemanusiaan" kepada 1.3 bilion orang rakyat China. Pengerusi Suruhanjaya Olimpik Antrabangsa, Jacques Rogge berpendapat bahawa warisan Sukan Olimpik yang paling bermakna adalah:

"Melalui Sukan Olimpik kali ini, dunia lebih memahami China, China juga lebih memahami dunia."

Saya dan awak, hati dengan hati, hidup di perkampungan dunia. Dalam suara yang merdu, api obor Sukan Olimpik dipadamkan. London, bandar penganjur Sukan Olimpik Ke-30 telah memegang bendera Sukan Olimpik. Semangat Olimpik akan terus dihantar dengan jangka masa yang panjang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |