v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tukang Urut Cacat Penglihatan Giat Berkhidmat untuk Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-02 15:14:05 CRI

Untuk menjamin supaya Sukan Paralimpik Beijing berlangsung dengan lancar, 44 ribu orang sukarelawan sedang sibuk membuat persiapan terakhir. Antaranya termasuk segolongan tukang urut cacat penglihatan. Di klinik bersepadu Perkampungan Atlet Sukan Paralimpik, kira-kira 60 orang tukang urut, termasuk 10 orang yang cacat penglihatan, menawarkan rawatan urut tradisional China kepada atlet, pegawai, wartawan dan tetamu dari pelbagai negara. Antara 10 orang tukang urut itu termasuklah Lu Xin, Chen Huiying dan Wang Yanju. Lu Xin yang berumur 26 tahun mempunyai pengalaman dalam mengurut selama 6 tahun. Beliau memberitahu wartawan bahawa,

"Rawatan urut merupakan satu kaedah rawatan tradisional China. Kesan negatifnya terhadap badan tidak ada, sebaliknya kesannya bagi mengurangkan rasa letih dan membantu peredaran darah amat luar biasa, malahan dapat menghilangkan penyakit. Sebagai seorang tukang urut, saya berasa amat bangga kerana boleh menjadi sukarelawan Sukan Paralimpik ini. Temasya ini akan menjadi wadah untuk memperkenalkan perubatan tradisional yang sungguh unik ini kepada seluruh dunia."

Kesepuluh-sepuluh orang tukang urut cacat penglihatan tersebut merupakan golongan muda. Chen Huiying yang berumur 26 tahun berasal dari Beijing. Disebabkan fasih bertutur dalam bahasa asing, beliau dipilih menjadi sukarelawan Sukan Paralimpik ini. Di samping melakukan rawatan urut untuk tetamu asing, beliau juga memperkenalkan pengetahuan tentang ilmu perubatan tradisional China kepada mereka. Beliau memberitahu wartawan bahawa,

"Saya amat menghargai peluang untuk menyediakan perkhidmatan kepada para tetamu asing ini sehingga membolehkan mereka memenikmati keunikan perubatan tradisional China. Saya juga berasa amat bangga kerana dapat menyumbang kepada usaha mempromosi kaedah rawatan tradisional ini kepada seluruh dunia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |