v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Sambut Sukan Paralimpik dengan Persekitaran Mesra OKU
2008-09-03 16:12:24 Agensi Berita Xinhua China

Dengan berakhirnya Sukan Olimpik musim panas ke-29 dengan penuh kejayaan, Sukan Paralimpik ke-13 pula akan membuka tirainya 3 hari lagi. Beijing sudah bersiap sedia dengan persekitaran bandar yang mesra orang kurang upaya (OKU) untuk temasya sukan yang berprestij ini.

Satu sistem lalu lintas yang mesra OKU telah dibentuk di Beijing. Sebanyak 70 buah teksi mesra OKU telah mula berkhidmat untuk tetamu Sukan Paralimpik. Kesemua teksi tersebut bukan sahaja mempunyai ruang yang lebih luas, malahan ada kerusi penumpang telah diubah suai supaya dapat berputar 90 darjah bagi memudahkan kerusi roda naik atau turun kereta.

Sepanjang tempoh berlangsungnya Sukan Paralimpik, lebih 600 buah bas yang khusus digunakan untuk temasya sukan ini telah diubahsuai dan lebih 2000 buah bas awam mesra OKU yang bercesi rendah akan disediakan untuk berkhidmat di jalan raya. Antara pintu keluar masuk di 123 buah stesen kereta api bawah tanah Beijing pula, sekurang-kurangnya ada satu pintu di setiap stesen tersebut yang diubah suai untuk memudahkan kerusi roda lalu. Manakala sebanyak 90 buah medan letak kereta di 39 batang jalan raya disediakan khusus untuk golongan kurang upaya. 16 buah hotel yang menandatangani kontrak dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Paralimpik Beijing juga menyediakan 188 buah bilik yang mesra OKU untuk menyelesakan hidup para tetamu sehingga mereka merasakan tempat penginapan ini seperti rumah mereka sendiri.

Selain itu, pengubahsuaian terhadap tanjakan, yakni jalan yang cerun seluas lebih lebih 10 ribu meter persegi di 60 buah kawasan pelancongan telah diselesaikan dengan peruntukan sebanyak 67 juta yuan RMB. Kemudahan mesra OKU di 235 buah pusat beli-belah yang besar dan sederhana, termasuk tanjakan, tandas, lif dan tanda arah bersimbol juga telah dipasang. Ini akan memudahkan para atlet kurang upaya menjalani aktiviti beli-belah dan lawatan.

Kini, pengubahsuaian terhadap venue-venue sukan supaya mesra OKU di gelanggang-gelanggang sukan yang berkenaan, semuanya telah selesai. Di ruang-ruang tempat duduk penonton juga disediakan ruang khas untuk meletakkan kerusi roda. Malahan pentas anugerah juga diubah suai supaya lebih mesra OKU.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |