v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkhidmatan Media Semasa Sukan Paralimpik Beijing Tonjolkan Ciri-Ciri Keprihatinan kepada Kemanusiaan
2008-09-04 13:14:31 CRI

Pengarah Operasi Media Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Sun Weijia dalam sidang akhbar kelmarin menyatakan bahawa sepanjang berlangsungnya Sukan Paralimpik Beijing, pihak penganjur akan mengambil pelbagai tindakan yang menonjolkan ciri-ciri keprihatinan kepada kemanusiaan supaya perkhidmatan yang cukup sempurna dapat ditawarkan kepada pihak media, lebih-lebih lagi golongan kurang upaya.

Sehingga pukul 12.00 tengah hari 1 September lalu, seramai 6325 orang telah mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) untuk mendaftar menjadi wartawan bagi sukan ini. Daripada jumlah itu, 47 orang wartawan kurang upaya yang berkerusi roda dan cacat penglihatan dari 13 buah negara dan wilayah akan datang ke Beijing untuk membuat liputan tentang temasya sukan yang berprestij ini. Sun Weijia menyatakan bahawa kini, Beijing sudah bersiap sedia dalam apa jua aspek, termasuklah memberikan perkhidmatan kepada pihak media. Kata beliau,

"Di Beijing, 6 buah hotel telah dipilih sebagai tempat penginapan bagi wartawan yang berdaftar. Di keenam-enam buah hotel ini telah disediakan sejumlah bilik yang mesra orang kurang upaya (OKU). Di Qingdao dan Hong Kong pula, perkhidmatan yang serupa juga ditawarkan. Kini, beberapa orang wartawan yang berkerusi roda telah pun menempah bilik yang mesra OKU ini. Keperluan asas mereka terjamin di sini."

Menurut Sun Weijia, bas yang disediakan untuk wartawan yang berdaftar semuanya merupakan bas awam yang berlantai rendah. Antaranya, 25 buah telah diubah suai supaya setiap bas boleh mengangkut 6 orang wartawan yang berkerusi roda. Selain itu, 10 buah teksi yang mesra OKU juga disediakan.

Venue-venue sukan merupakan kawasan utama bagi para wartawan ini untuk melaksanakan kerja liputan. Dengan mempertimbangkan keperluan khusus para wartawan kurang upaya, rancangan perkhidmatan yang khusus juga telah disusun oleh BOCOG untuk menjamin kelancaran kerja liputan mereka. Sun Weijia menyatakan bahawa,

"Untuk menjamin kelancaran kerja liputan para wartawan yang berkerusi roda, pengubahsuaian terhadap kemudahan-kemudahan di Pusat Media ini telah dibuat, termasuklah kemudahan pemeriksaan keselamatan, tempat duduk penonton, meja kerja serta tandas dan lif. Malahan, semua laluan anggota media di venue-venue sukan juga diubah suai supaya lebih mesra OKU."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |