v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Sediakan Lalu Lintas Tanpa Halangan untuk Sukan Paralimpik
2008-09-04 10:43:25 CRI

Sukan Paralimpik ke-13 akan dirasmikan tidak lama lagi. Untuk menjamin temasya sukan ini berjalan lancar, Beijing giat menyediakan kemudahan lalu lintas tanpa halangan untuk memudahkan orang kurang upaya yang datang dari pelbagai tempat di dunia.

Encik Lou Shi, penduduk Beijing sedang membantu ayahnya yang berumur lebih 60 tahun keluar dari gerabak kereta api untuk duduk di atas kerusi roda di pelantar stesen. Encik Lou menemani ibu bapanya bercuti di bandar Qingdao setengah bulan yang lalu. Namun, ayahnya diserang sakit jantung di sana, dan dihantar ke hospital tempatan. Sebelum mereka tiba di stesen Beijing, abang Encik Lou telah datang menolak kerusi roda yang disediakan oleh pusat perkhidmatan stesen untuk menunggu ketibaan mereka.

Tidak sampai sepuluh minit, Encik Lou dan keluarganya telah meninggalkan stesen dan kembali ke rumahnya. Inilah kali pertama Encik Lou menggunakan kemudahan tanpa halangan. Beliau merasakan kemudahan ini amat baik. Katanya: "Saya baru balik ke Beijing dari Qingdao. Kemudahan ini amat memudahkan kami. Laluan tanpa halangan juga ada disediakan di bandar Qingdao."

Bukan sahaja di stesen kereta api, laluan tanpa halangan ini juga sedang diusahakan oleh Beijing untuk kemudahan lalu lintas yang lain. Kereta api bawah tanah laluan I dan II dibina pada 1960-an dan 1980-an. Oleh itu, kemudahan yang dipasang di kedua-dua laluan kereta api ini agak mundur. Sebelum Sukan Paralimpik, Syarikat Kereta Api Bawah Tanah Beijing membaik pulih kedua-dua laluan ini secara besar-besaran. Kakitangan kereta api bawah tanah juga menjalani latihan tentang kemudahan tanpa halangan.

Kereta api di Beijing terdiri daripada 8 laluan, dan panjang laluannya lebih 200 kilometer. Kini, sekurang-kurangnya satu pintu keluar masuk di stesen daripada 123 buah stesen mempunyai laluan tanpa halangan, laluan khusus untuk orang kurang penglihatan dan dipasang tanda dalam huruf Braille.

Beijing juga membuat persiapan rapi dalam perkhidmatan untuk Sukan Paralimpik. Syarikat Bas Beijing memasang kemudahan tanpa halangan pada lebih 600 buah bas untuk memenuhi keperluan seramai 2000 orang atlet asing yang menggunakan kerusi roda. Selain itu, syarikat ini juga membeli lebih 2000 buah bas tanpa halangan. Naib Ketua Konvoi Syarikat Bas Beijing, Puan Da Meiling memberitahu wartawan: "Untuk menyambut kedatangan Sukan Paralimpik, kami menjalankan latihan bagi semua pemandu bermula pada 1 September dan latihan kepada semua kakitangan bas pada 2 dan 3 September. Latihan ini mencukupi asepek cara dan sikap berkomunikasi dengan orang kurang upaya."

Selain itu, Syarikat Bas Beijing akan membuka 16 laluan khas Sukan Paralimpik dalam tempoh temasya sukan ini. Kini, kesemua stesen laluan khas ini telah dipasang kemudahan tanpa halangan.

Untuk menyambut kedatangan Sukan Paralimpik Beijing, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing memperuntukkan banyak modal untuk menyediakan kemudahan tanpa halangan, dan mendengar pandangan pakar dari dalam dan luar negara serta atlet kurang upaya.

Kini, jaringan lalu lintas tanpa halangan telah selesai dibina di Beijing. Ini hanya merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Sukan Paralimpik Beijing. Selain itu, Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Tang Xiaoquan menyatakan bahawa kemudahan tanpa halangan ini bukan sahaja menjamin Sukan Paralimpik berjalan lancar, tetapi juga akan mendorong lebih ramai orang kurang upaya sebati dengan masyarakat. Katanya: "Dalam proses membuat persiapan untuk Sukan Paralimpik, iklim dan syarat kemudahan tanpa halangan di Beijing mengalami perubahan yang besar. Dengan peluang mengadakan Sukan Paralimpik ini, kami akan mendorong pembinaan kemudahan tanpa halangan di Beijing, dan memberikan bantuan kepada 999 ribu orang kurang upaya di Beijing untuk sebati dengan masyarakat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |