v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Giat Tingkatkan Usaha Menjamin Kebajikan OKU
2008-09-05 13:41:56 CRI

Ketua Pengarah Persekutuan Orang Kurang Upaya (OKU) Beijing, Puan Zhao Chunluan kelmarin di Beijing menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha kerajaan untuk kebajikan OKU di Beijing telah mencapai kajayaan yang memberangsangkan. Usaha ini akan terus ditingkatkan pada masa yang akan datang.

Terdapat hampir 100 ribu OKU di Beijing, dan angka ini mewakili lebih 6% daripada jumlah seluruh penduduk di bandar ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat China telah memperuntukkan modal yang besar, di samping mengeluarkan beberapa dasar, untuk memperbaiki keadaan hidup golongan OKU, dan menjamin hak serta kepentingan mereka. Puan Zhao Chunluan berkata, antara dasar-dasar yang telah dilaksanakan termasuklah mewujudkan sistem jaminan sosial, menyediakan peluang kerja kepada golongan OKU dan menjamin supaya golongan ini mengambil bahagian dalam aktiviti sosial secara sama rata.

Seperti yang dikatakan oleh Puan Zhao Chunluan, dasar tersebut mecakupi semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan golongan OKU. Misalnya, untuk memudahkan perjalanan mereka, jalan raya dan kemudahan-kemudahan awam yang baru dibina di Beijing, semuanya dilengkapi dengan kemudahan yang mesra OKU. Puan Zhao Chunluan menyatakan bahawa,

"Sepanjang berlangsungnya Sukan Paralimpik, 2835 buah bas awam mesra OKU yang bercesi rendah akan disediakan untuk berkhidmat di jalan raya. Manakala sebanyak 600 buah bas awam yang khusus untuk temasya sukan ini, yang boleh mengangkut 6 buah kerusi roda juga disediakan. Dua lagi laluan khas untuk bas juga telah diubah suai supaya lebih mesra OKU."

Kini, pintu keluar masuk di beberapa buah stesen kereta api bawah tanah telah dilengkapi dengan lif untuk memudahkan golongan OKU menumpang alat pengangkutan awam ini. Dengan mempertimbangkan keperluan khusus golongan OKU yang berkerusi roda, sejumlah teksi juga dilengkapi kemudahan yang mesra OKU juga telah disediakan di bandar ini.

Kini, terdapat 150 buah pusat OKU di Beijing. Di pusat-pusat tersebut, keperluan golongan OKU untuk mendapatkan rawatan pemulihan, mengikuti latihan vokasional dan mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan kesenian dapat dipenuhi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |