v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Ketua Kontinjen China dalam Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-08 11:31:36 CRI

Sukan Paralimpik Beijing telah dirasmikan pada 6 September lalu. Sebagai kontijen tuan rumah, kontinjen China telah membuat persiapan yang lebih rapi untuk temasya sukan ini. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Ketua kontinjen China, Encik Wang Xinxian menyatakan bahawa atlet China bukan sahaja berhasrat untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Paralimpik Beijing, tetapi juga berharap bersama-sama dengan atlet pelbagai Negara menikmati kegembiraan temasya sukan ini.

Sukan Paralimpik Beijing berlangsung di Beijing pada 6 hingga 17 September, dan melibatkan 20 acara. Kontinjen China yang terdiri daripada lebih 300 orang ditubuhkan pada bulan Julai lalu. Mereka akan mengambil bahagian dalam kesemua acara tersebut.

Pada pandangan Encik Wang Xinxian, matlamat atlet China dalam Sukan Paralimpik ini bukan hanya tertumpa kepada pingat, malah kepada khazanah rohani yang merupakan salah satu "pingat emas" yang lebih berharga. Katanya: "Atlet kita bukan menyertai Sukan Paralimpik atas nama sendiri sahaja, tetapi mereka juga mewakili atlet kurang upaya yang jauh lebih ramai. Kami berharap temasya sukan ini dapat mempopularkan sukan orang kurang upaya, dan melahirkan keyakinan diri dalam kalangan orang kurang upaya."

"Melampaui diri sendiri, sebati antara satu sama lain dan berkongsi" merupakan konsep penting dalam Sukan Paralimpik Beijing. Encik Wang Xinxian merasakan bahawa kontinjen China akan menjelaskan konsep ini melalui tindakan mereka, dan bersama-sama dengan para penonton menikmati kegembiraan dalam temasya sukan ini.

Bagi Sukan Paralimpik Beijing ini, seramai lebih 7000 orang atlet dan pegawai dari 148 buah negara dan wilayah akan menyerai temasya sukannya. Encik Wang Xinxian menyatakan bahawa selepas China berjaya mendapatkan hak untuk menganjurkan Sukan Olimpik, industri sukan orang kurang upaya China semakin diantarabangsakan. Pertukaran lawatan dan maklumat dengan atlet luar negara juga meningkat. Beliau menyatakan bahawa Sukan Paralimpik Beijing merupakan satu wahana pertukaran maklumat antara atlet kurang upaya di dalam dan luar negara China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |