v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kontinjen A.S Berharap Capai Prestasi yang Baik
2008-09-08 10:08:05 CRI

Sukan Paralimpik Beijing telah dirasmikan minggu lalu. Ketua Kontinjen A.S., Jeff Underwood menyatakan bahawa kontinjen A.S. bercita-cita untuk mencapai prestasi yang baik.

Sukan Paralimpik Beijing ke-13 merupakan temasya sukan Paralimpik yang skopnya paling besar dalam sejarah. Seramai lebih 4000 orang atlet dari 150 buah negara dan wilayah akan menyertai 18 acara dalam temasya sukan itu. Ketua kontinjen A.S., Jeff Underwood memberitahu wartawan bahawa atlet A.S. sedang menyertai latihan terakhir dengan gigih untuk memenuhi impian mereka, iaitu menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat.

"Kami penuh yakin terhadap keupayaan atlet kami dalam acara bola keranjang kerusi roda, bola ragbi kerusi roda dan olahraga. Kami berharap kami dapat mencapai prestasi yang baik dalam temasya kali ini. Pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, kontinjen A.S. berjaya mengekalkan tempat teratas dalam kutipan pingat, namun, dalam temasya Sukan Paralimpik Sydney dan Greece, kami tidak berjaya meletakkan diri pada tiga kedudukan yang teratas. Maka kali ini, kami bercita-cita besar untuk memulihkan prestasi kami. "

Jeff Underwood berusaha gigih mengembangkan aktiviti sukan dalam kalangan rakyat pada tahun 1991 dan mencapai kejayaan yang besar. Menurut beliau, pemergian ke Beijing ini amat dinanti-nantikannya kerana inilah kali pertama beliau sampai ke Beijing. Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing ini, beliau telah menumpukan perhatian kepada liputan yang telah dibuat terhadap temasya sukan ini.

"Saya menonton TV tanpa berhenti sepanjang tempoh Sukan Olimpik Beijing diadakan. Bagi saya, prestasi atlet China amat baik dan wajar dipuji. Beijing ialah sebuah bandar yang dinamik. Stadium-stadium di sini memenuhi standard yang paling tinggi di dunia dan ini memenangi sebuah pingat emas. Pihak penganjur pula menyediakan suasana yang cukup baik bagi para atlet. Selain itu, kemesraan dan keikhlasan penduduk Beijing juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya."

Jeff Underwood mengakui bahawa atlet A.S. pernah merasa bimbang, akan sama ada kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) benar-benar mudah atau tidak. Namun, beliau menyatakan pandanganya bahawa Beijing telah membuat sumbangan besar bagi menjamin penyertaan atlet kurang upaya dalam pertandingan ataupun untuk mereka bersiar-siar dengan mudah. Beliau yakin Sukan Paralimpik Beijing akan sebagus engan Sukan Olimpik Beijing.

"Kelengkapan bagi OKU di Perkampungan Olimpik dan pelbagai stadium pertandingan ini berfungsi dengan baik. Ada orang pernah berasa bimbang, , sama ada kemudahan untuk OKU, di tempat yang lain di Beijing, selain daripada tempat-tempat tersebut, ada atau tidak, khususnya bagi golongan yang mesti menggunakan kerusi roda ataupun orang buta. Ada atlet yang datang ke China pada beberapa bulan yang lalu dan menyaksikan usaha yang dibuat oleh Beijing untuk memudahkan OKU. Atlet yang menyertai Sukan Paralimpik Beijing pasti akan memperoleh pengalaman dan kenangan yang baik di Beijing."

Beliau menambah bahawa atlet A.S. yang menyertai Sukan Paralimpik Beijing bertolak berperingkat-peringkat ke Beijing, dan sesetengahnya menerima latihan pada saat-saat akhir. Beliau menegaskan bahawa kemudahan dan kaedah latihan amat penting bagi para atlet supaya untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam temasya sukan kali ini.

"Sains dan teknologi memainkan peranan yang penting untuk membantu atlet mencapai prestasi yang baik dan inilah prinsip ini sama sahaja bagi Sukan Olimpik atau Sukan Paralimpik. Kostum dan kerusi roda yang khas untuk OKU akan diperbaiki bila-bila sahaja bagi memudahkan atlet. Selain itu, kaedah latihan yang lebih efektif juga mampu meningkatkan prestasi para atlet. Kami juga amat mementingkan pemakanan atlet dan psikologi mereka. "

Beliau mendedahkan bahawa latihan setiap atlet telah dirakam dan disiarkan semula untuk dianalisis untuk membantu mereka meningkatkan kelajuan, teknik pengendalian diri dan sebagainya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Jawatankuasa Olimpik A.S. telah menyumbangkan banyak tenaga dan modal untuk mengembangkan kegiatan paralimpik. Sejak tahun 2004, temasya sukan ini mendapat kian banyak perhatian. Dalam Sukan Paralimpik Beijing tahun ini, pelbagai acara pertandingan akan disiarkan secara langsung. Di samping itu, Jawatankuasa Olimpik A.S. juga membuka laman sesawang rasmi berkait dengan prestasi para atlet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |