v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Kong Sediakan Kemudahan Tanpa Halangan untuk Pertandingan Equestrian Sukan Paralimpik
2008-09-09 11:03:00 CRI

Pertandingan acara ekuestrian Sukan Paralimpik mula diadakan di Balapan Lumba Kuda Sha Tin Hong Kong pada 7 September lalu. Setiausaha Pentadbiran Hong Kong, Encik Henry Tang menyatakan bahawa Hong Kong sebagai bandar kerjasama Sukan Paralimpik akan menyediakan iklim "tanpa halangan" untuk peserta dan penonton pertandingan acara ekuestrian.

Kemudahan dan peraturan pertandingan acara ekuestrian yang diadakan di Hong Kong mendapat sanjungan tinggi daripada pelbagai pihak. Hong Kong akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna kepada pertandingan acara ekuestrian Sukan Paralimpik ini. Untuk memenuhi keperluan atlet kurang upaya, Hong Kong telah membuat persiapan yang rapi. Menurut Encik Henry Tang, pihak penganjur telah memasang kemudahan yang dapat membantu atlet kurang upaya untuk naik dan turun daripada kuda, dan juga menambah laluan serta bilik tandas untuk orang kurang upaya(OKU). Di perkampungan Paralimpik, mereka telah menyediakan 48 buah bilik untuk orang yang menggunakan kerusi roda.

Dalam bidang lalu lintas, disebabkan oleh ramai penonton yang menggunakan kerusi roda yang akan datang ke gelanggang pertandingan, pihak penganjur menyediakan 18 buah bas khas untuk mereka. Selain itu, kemudahan di gelanggang pertandingan juga telah diubahsuaikan.

Seramai 73 orang atlet dan 71 ekor kuda daripada 28 buah negara dan wilayah akan menyertai pertandingan yang berlangsung selama lima hari di Hong Kong. 11 pingat emas akan direbut dalam pertandingan tersebut. Jumlah peserta kali ini merupakan jumlah yang paling ramai dalam sejarah. Inilah kali pertamanya kontinjen China dan kontinjen Hong Kong menyertai pertandingan acara ekuestrian Sukan Paralimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |