v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Thailand Semakin Memberikan Perhatan kepada Aktiviti Sukan OKU
2008-09-10 11:19:20 CRI

Dalam Sukan Paralimpik Sydney lapan tahun lalu, atlet warga Thailand yang meraih pingat emas boleh mendapat ganjaran sejumlah 300 ribu Baht daripada negaranya, atlet yang membawa pulang pingat perak pula boleh mendapat 200 ribu Baht, manakala yang meraih pingat gangsa boleh mendapat 100 ribu Baht. Syarikat penaja di negara Thailand tidak memberikan perhatian kepada atlet kurang upaya. Oleh itu, aktiviti sukan orang kurang upaya (OKU) di Thailand berkembang dengan amat perlahan.

Atlet kurang upaya Thailand mempunyai kehebatan dalam acara olahraga dan renang. Walaupun kekurangan bantuan daripada syarikat penaja, namun atas sokongan kerajaan negara itu, mereka masih dapat mengekalkan latihan dan mengambil bahagian dalam pelbagai temasya sukan peringkat antarabangsa dan serantau. Dengan bertambahnya pingat emas yang diraih oleh atletnya, kerajaan Thailand telah meningkatkan ganjaran kepada atlet yang meraih pingat ini kepada sejuta Baht selepas Sukan Paralimpik Athens. Tindakan ini berjaya menggalakkan para atletnya untuk maju.

Rancangan Pembangunan Aktiviti Sukan OKU dari rancangan lima tahun negara telah dirangka oleh kerajaan. Aktiviti sukan OKU telah dimasukkan ke dalam rancangan lima tahun ke-4 Thailand pada tahun 2007. Selepas itu, Persatuan Sukan OKU Thailand menuntut negara itu meningkatkan ganjaran untuk pemenang pingat emas dalam Sukan Paralimpik kepada dua juta Baht supaya menunjukkan sokongan kepada aktiviti sukan OKU. Tuntutan ini telah diluluskan oleh kerajaan Thailand. Dalam Sukan Paralimpik Beijing, atlet Thailand yang meraih pingat perak dan pingat gangsa masing-masing akan memperoleh ganjaran sejumlah sejuta Baht dan 500 ribu Baht daripada kerajaan.

Atlet kurang upaya Thailand yang menyertai Sukan Paralimpik Beijing memulakan latihan pada bulan Mei lalu. Jabatan Sukan Thailand memperuntukkan 13 juta Baht untuk latihan dan penyertaan Sukan Paralimpik Beijing. Anggota kontinjen Thailand dalam Sukan Paralimpik Beijing boleh mendapat subsidi sebanyak 700 Baht sehari. Selain itu, Persatuan OKU Thailand dan Tabung OKU Thailand juga memberikan subsidi sejumlah 5000 Baht kepada setiap atlet kurang upaya yang menyertai temasya sukan kali ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |