v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancaran Khas dengan Ketua Kontinjen Singapura dalam Sukan Paralimpik Beijing, Encik Frankie Thanapal Sinniah
2008-09-11 10:04:14 CRI

Sukan Paralimpik Beijing telah dirasmikan pada 6 September lalu. Kontinjen Singapura yang menyertai temasya sukan ini telah memasuki perkampungan Sukan Paralimpik Beijing dan mengadakan upacara menaikkan bendera kebangsaan mereka pada 3 September lalu. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Ketua kontinjen Singapura, Frankie Thanapal Sinniah menyatakan bahawa beliau berasa berada di rumahnya sendiri ketika tinggal di perkampungan Sukan Paralimpik. Katanya: "Ini merupakan perkampungan Sukan Paralimpik yang amat bagus. Orang di sini baik hati, dan bangunannya mempunyai cirri-ciri Asia. Kami amat puas hati dan berasa seperti di rumah sendiri."

Encik Frankie Thanapal Sinniah ialah bekas atlet kurang upaya acara renang. Kini, beliau menjawat jawatan Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Paralimpik Singapura. Beliau kerap kali melawat Beijing dan dapat melihat perubahan Beijing yang besar. Katanya: "Beijing amat bagus. Saya kerap kali datang ke Beijing, dan dapat merasakan perubahan Beijing yang besar. Saya merasakan banyak perubahan berlaku ketika saya melawat Beijing pada tahun 1996, dan saya melihat perubahan yang besar bagi Beijing ketika saya datang bersidang ke sini pada tahun lalu. Tiga bulan selepas itu, saya sekali lagi datang ke Beijing dan melihat perubahan yang baru pula. Ini amat bagus."

Encik Frankie Thanapal Sinniah menjelaskan bahawa kontinjen Singapura kali ini terdiri daripada enam orang atlet. Mereka akan mengambil bahagian dalam acara renang, perahu layar, olahraga dan equestrian, Encik Frankie Thanapal Sinniah serterusnya memperkenalkan dua orang atlet dalam kontinjennya. Katanya: "Atlet kami dalam acara renang, Theresa Goh Rui Si dan atlet acara pertandingan kepesatan kerusi roda, Eric Ting Chee Keong. Inilah merupakan kali pertama Eric Ting Chee Keong melayakkan diri dalam Sukan Paralimpik. Beliau memberikan persembahan yang baik dalam Pertandingan Terbuka Jerman. Atlet renang Theresa Goh Rui Si pula mengekalkan beberapa rekod dunia pada masa ini. Ini merupakan kali ke-2 beliau menyertai Sukan Paralimpik. Beliau pernah mencapai tangga ke-5 dalam Sukan Paralimpik lalu."

Walaupun kontinjen Singapura hanya terdiri daripada enam orang atlet, namun matlamat mereka dalam temasya sukan ini adalah untuk merebut dua pingat. Encik Frankie Thanapal Sinniah menyatakan bahawa bukan sahaja dalam acara renang, dalam acara yang lain pun atlet Singapura mempunyai kemungkinan untuk mendapat pingat. Katanya: "Matlamat kami dalam temasya sukan ini ialah merebut dua pingat, namun dalam apa acara, masih belum dipastikan, kerana persembahan atlet mungkin tidak sama pada masa yang berlainan. Kami mempunyai kehebatan untuk merebut pingat dalam keempat-empat acara yang kami sertai."

Encik Frankie Thanapal Sinniah menyatakan bahawa kerajaan Singapura memberikan sokongan yang kuat kepada atlet kurang upaya negaranya. Selain sebagai Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Paralimpik Singapura, Encik Frankie Thanapal Sinniah juga menjawat jawatan Ketua Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura. Beliau banyak mendapatkan sokongan kerajaan untuk aktiviti sukan orang kurang upaya (OKU). Katanya: "Kerajaan dan rakyat Singapura memberikan banyak peruntukan dan sokongan kepada aktiviti sukan OKU. Maka, aktiviti OKU di Singapura dapat berkembang pesat. OKU di Singapura mendapat perhatian yang sama dengan orang biasa."

"Biar OKU mendapat hak yang sama dengan orang biasa". Ini juga selaras dengan konsep Sukan Paralimpik Beijing. OKU sepatutnya menikmati kegembiraan yang didatangkan oleh Olimpik dan berkongsi hasil tamadun umat manusia, sama seperti orang biasa. Sukan Paralimpik memberikan peluang kepada OKU yang bersemangat untuk menampilkan mereka. Kata beliau lagi: "Menganjurkan Sukan Paralimpik merupakan agenda yang amat penting. Ia memberikan peluang kepada kami untuk merancang dan melakukan sesuatu untuk OKU. Sekiranya atlet kurang upaya boleh mencapai kejayaan dalam temasya sukan ini, maka masalah lain bagi mereka tentu lebih mudah diselesaikan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah tiada siapa yang mahu diberi perkhidmatan oleh orang lain, kami OKU perlu berdikari dan menjadikan dunia ini dengan tempat yang lebih bagus."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |