v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Ketua Kontinjen Myanmar dalam Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-11 10:11:44 CRI

Ketua kontijen Myanmar dalam Sukan Paralimpik Beijing, Encik Htay Nieng ketika diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini menyatakan bahawa menyertai Sukan Paralimpik Beijing merupakan perkara yang penting dalam sejarah sukan Myanmar, dan pihaknya berkeyakinan mencapai kejayaan dalam temasya sukan ini.

Baru-baru ini, delegasi yang diketuai oleh Encik Htay Nieng melawat CRI dan mereka telah diwawancara. Encik Htay Nieng menyatakan bahawa Myanmar pernah menghantar kontinjenya untuk menyertai Sukan Paralimpik Los Angeles pada tahun 1984 dan Sukan Paralimpik Barcelona pada tahun 1992. Jadi, menyertai Sukan Paralimpik Beijing menandakan negaranya kembali ke keluarga Olimpik selepas 16 tahun "terpisah". Selain itu, jumlah atlet yang menyertai pertandingan temasya sukan kali ini merupakan jumlah yang paling ramai dalam sejarah penyertaanya dalam Sukan Paralimpik.

Kontinjen Myanmar kali ini terdiri daripada tujuh orang, antaranya tiga orang atlet dalam acara renang kuak dada 100 meter, renang kuak lentang 100 meter, renang individu rampaian 200 meter lelaki dan lempar lembing lelaki. Mereka merupakan juara Sukan Paralimpik Kebangsaan Myanmar dan kerap kali menyertai pesta sukan OKU ASEAN dan Pesta Sukan OKU Timur Jauh dan Pasifik Selatan.

Ketika memperkatakan Sukan Paralimpik kali ini, Encik Htay Nieng menyatakan bahawa beliau telah melawat "Sarang Burung" dan "Kubus Air". Lawatan ini telah meningkatkan keyakinannya. Menurutnya, banyak rekod dunia baru dicipta di Kubus Air dalam Sukan Olimpik Beijing. Ini membuktikan bahawa segala kemudahan di gelanggang pertandingan ini mencapai tahap tertinggi di dunia dan cukup baik bagi para atlet untuk mencapai kecemerlangan. Beliau menambah lagi, walaupun atlet Myamar tidak mempunyai kehebatan untuk memperoleh pingat, namun mereka berhasrat mencapai kejayaan yang paling baik bagi diri sendiri dalam temasya sukan ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |