v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Ketua Kontinjen Sri Lanka Rajive Wickramasinghe
2008-09-12 10:55:18 CRI

Kontinjen Sri Lanka dalam Sukan Paralimpik Beijing telah tiba di Beijing pada 6 September lalu. Dalam beberapa hari sahaja berada di Beijing, mereka dapat merasakan suasana mesra di Beijing. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Ketua Kontinjen Sri Lanka, Rajive Wickramasinghe menyatakan bahawa Beijing mengharukannya dan beliau pasti akan teringat kepada rakyat China yang baik hati apabila pulang nanti.

Encik Rajive Wickramasinghe pernah melawat Beijing 14 tahun lalu. Sebagai Ketua Kontijen Sri Lanka dalam Sukan Paralimpik Beijing, beliau sekali lagi datang ke bandar ini. Pada hari pertama tiba di Beijing, beliau telah menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpik ini dan beliau menuji kejayaan majlis perasmian tersebut.

Encik Rajive Wickramasinghe kagum dengan perubahan besar yang berlaku di Beijing. Beliau menyatakan bahawa "Berbanding dengan 14 tahun lalu, Beijing memang amat berbeza. Kami juga dapat merasakan betapa mesranya orang di sini. Saya tahu rakyat China telah memberikan sumbangan yang besar untuk menjayakan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik ini."

Encik Rajive Wickramasinghe berpendapat bahawa berbanding dengan Sukan Paralimpik Sydney 2000 dan Sukan Paralimpik Athens 2004, Sukan Paralimpik Beijing merupakan temasya sukan yang bertaraf tinggi dari apa jua aspek.

Ketika menyentuh tentang kontinjen Sri Lanka dalam temasya sukan ini, Encik Rajive Wickramasinghe menjelaskan bahawa negaranya menghatar lima orang atlet, dua orang jurulatih dan dua orang pegawai. Antara lima orang atlet tersebut, empat daripadanya baru pertama kali dapat melayakkan diri ke Sukan Paralimpik dan pertama kali pula datang Beijing. Mereka bukan sajaha menyertai pertandingan dalam temasya sukan ini, tetapi juga akan merapatkan diri dengan kebudayaan di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |