v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Qingdao Berikan Perkhidmatan untuk Pertandingan Perahu Layar Sukan Paralimpik
2008-09-12 11:23:24 CRI

Bandar Qingdao merupakan salah sebuah bandar kerjasama Sukan Paralimpik Beijing. Selepas pertandingan perahu layar Sukan Olimpik Beijing berakhir, bandar itu segera menumpukan perhatian kepada kerja-kerja persiapan untuk Sukan Paralimpik Beijing.

Atlet dari pelbagai negara yang memasuki perkampungan Sukan Paralimpik Qingdao amat menghargai kemudahan tanpa halangan yang dipasang di perkampungan Sukan Paralimpik dan Pusat Perahu Layar Olimpik di sana. Atlet Britain, Jone Robertson menyatakan bahawa "Kesemua gelanggang dan kemudahan di sini amat bagus. Kemudahan tanpa halangan dipasang juga di tandas dan bilik mandi. Kami puas hati dan merasakan bahawa Qingdao merupakan bandar yang paling memberikan perhatian kepada orang kurang upaya (OKU) sepanjang pengalaman saya menyertai Sukan Paralimpik dan Kejohanan Dunia."

Berdasarkan kepelbagainan ciri dan sifat OKU, Qingdao berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada  anggota kontinjen dari pelbagai negara dalam bidang makan minum, pengangkutan, ketibaan dan perlepasan serta peraturan pertandingan. Ketua Pengarah Operasi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Puan Jane Tighe menyatakan bahawa "Kemudahan di Qingdao telah mencapai standard Jawantakuasa Paralimpik Antarabangsa. Persiapan Qingdao lebih daripada mencukupi."

Kini, Qingdao telah mencapai standard dan tuntutan pertandingan perahu layar Sukan Paralimpik dari aspek peraturan pertandingan dan perkhidmatan sukarelawan. Ini memberikan jaminan yang kukuh untuk kejayaan dan kelancaran perjalanan temasya sukan ini. Seramai 80 orang atlet dalam 40 buah perahu akan menyertai pertandingan perahu layar pada 8 hingga 13 September di Qingdao nanti.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |