v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Deng Yaping Ceritakan Hal-hal yang Mengharukan dalam Perkampungan Sukan Paralimpik
2008-09-16 15:19:01 CRI

Sukan Paralimpik Beijing akan ditutup besok, dan Perkampungan Sukan Paralimpik juga akan ditutup ketika itu. Pada pagi semalam, Naib Ketua Perkampungan Sukan Paralimpik Beijing, yang juga jurucakapnya, Deng Yaping memaklumkan keadaan peserta dalam perkampungan itu dalam beberapa belas hari lalu, dan menceritakan hal-hal yang mengharukan berkait dengan mereka.

Deng Yaping menyatakan bahawa sehingga 14 September lalu, perkampungannya telah menerima sebanyak 7379 orang atlet dan pegawai dari 147 buah negara dan wilayah, antaranya pengguna kerusi beroda sebanyak 1736 orang. Dibandingkan dengan Sukan Olimpik, meskipun jumlah orang yang masuk ke Perkampungan Sukan Paralimpik cuma separuh daripada jumlahnya ketika Sukan Olimpik yang lalu, namun ini tidak meringankan beban kerja mereka, malah tidak juga mengurangkan sedikit pun mutu perkhidmatan mereka di sana. Perkhidmatan di Perkampungan Sukan Paralimpik lebih mementingkan keprihatinan kemanusiaan.

Dalam perkhidmatan penginapan, semua suis dan penyangkut baju dalam bilik telah direndahkan, dan mereka khusus menyediakan baju hujan bagi atlet yang susah menggunakan payung.

Dalam perkhidmatan perdagangan, pekerja di jalan perdagangan Perkampungan Sukan Paralimpik menjawab pertanyaan atau memperkenalkan komoditi mereka kepada pelanggan berkerusi roda dengan bercangkung.

Dalam perkhidmatan makanan, kerana Ramadan bermula dari 2 September lalu, maka restoran atlet mengubah jadual penyediaan makanan bagi atlet Islam. Dan 14 September yang lalu pula ialah Hari Pesta Kuih Bulan China. Restoran bagi atlet dan kedai teh menyediakan kuih bulan dan memperkenalkan tentang Pesta Kuih Bulan China dalam tribahasa, iaitu bahasa Mandarin, Inggeris dan Perancis.

Selain itu, pekerja Perkampungan Sukan Paralimpik juga telah memperbaiki lebih 1547 anggota palsu atau kerusi roda untuk atlet, mencuci hampir 3000 beg baju dan membelikan tongkat untuk atlet. Ini amat mengharukan hati atlet dari negara-negara yang berkenaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |