Baru-baru ini, dengan diiringi oleh anggota keluarga dan sukarelawan, lebih 100 orang kurang upaya (OKU) telah melawat satu bahagian penting daripada "Sukan Olimpik Kemanusiaan", iaitu Jalan Qianmen yang baru selesai dibaik pulih.
"Panggung wayang pertama China berada di jalan ini. Pada tahun-tahun 1950-an hingga 1960-an, Jalan Qianmen yang lama ini ialah jalan komersial yang paling ramai dikunjungi orang di Beijing. Hingga tahun 1990-an, tempat ini menjadi tempat menjual barang-barang yang murah di Beijing. Maka, kalau mahu mengetahui kebudayaan lama orang awam Beijing, Jalan Qianmen mesti dilawati."

Dengan bantunan pemandu, rombongan ini mula melawat Jalan Qianmen dari hujung utara jalan itu. Rombongan ini menyusur di bahagian penting jalan itu dan kedai-kedai jenama terkenal seperti Yueshengzhai, Studio Foto Dabei, Lima Pintu Gerbang, Yitiaolong, Rumah Guanghe, Shengxifu, Quanjude, Duyichu dan Xianyukou. Di sini, OKU dapat memasuki kedai-kedai melalui kemudahan tanpa halangan. Mereka dapat menikmati sepenuhnya kebudayaan Beijing lama dan menghayati erti "Dua Sukan Olimpik, Sama Hebatnya".

"Meskipun banyak tempat di sini telah berubah dan dibaik pulih, tetapi Jalan Qianmen tidak kehilangan daya tarikan, bahkan ia berjaya mengembangkan ciri-ciri Beijing dengan lebih baik," kata seorang pengunjung OKU. Beliau menyatakan bahawa Jalan Qianmen memperlihatkan hasil perlindungan kebudayaan tradisional Beijing, mempunyai bangunan yang penuh dengan ciri-ciri Beijing lama, dan merupakan tingkap "Sukan Olimpik Kemanusiaan".
Wartawan dimaklum bahawa aktiviti ini merupakan sebahagian daripada siri aktiviti "Berpimpin Tangan dengan Orang Kurang Upaya, dan Mendekati Sukan Paralimpik—Sukan Paralimpik yang Gembira"
|