v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Paralimpik Beijing Ditutup
2008-09-17 20:42:55 CRI

Pada malam 17 September, lagu tema Sukan Paralimpik "Terbang dengan Impian" ?Fly with the Dream?dinyanyikan sekali lagi di "Sarang Burung", Stadium Negara. Sukan Paralimpik Beijing yang berlangsung selama 11 hari akan melabuhkan tirainya secara rasmi.

Sepanjang 11 hari yang lalu, kira-kira 4,000 orang atlet kurang upaya dari 147 negara dan wilayah mengobarkan semangat Paralimpik, iaitu "melampaui diri", "berpadu" dan "berkongsi". Penglibatan mereka memperlihatkan sifat tabah untuk menghadapi segala kesusahan, berjuang tidak mengenal putus asa dan memajukan diri, di samping menikmati kegembiraan yang dibawa oleh sukan ini. Prestasi mereka telah menyentuh hati orang biasa begitu mendalam.

Seperti yang disebut oleh Presiden China, Hu Jintao, Sukan Paralimpik ini menggalakkan orang kurang upaya (OKU) serta orang biasa supaya hidup bersama demi membangunkan dunia yang harmoni.

"'Semangat Ditonjolkan Melalui Amalan' merupakan moto Sukan Paralimpik. Temasya sukan kali ini merupakan wahana yang membolehkan atlet kurang upaya dari seluruh dunia mempamerkan imej mereka, yang bersifat tabah dan yakin pada diri sendiri serta mencabar diri untuk maju ke tahap yang lebih tinggi, dan memahami nilai hidup dengan baik."

Pada malam 17 September, kita bersama-sama mengenang kembali sebelas hari yang lalu melalui upacara penutup Sukan Paralimpik yang mesra ini. Upacara yang menandakan penutupan rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing ini bermula pada pukul 8.00 malam ini waktu Beijing. Persembahan dalam upacara penutup ini dipenuhi oleh harapan untuk masa depan, terutamanya menunjukkan keistimewaan Beijing, dan menegaskan kemesraan manusia dengan alam sekitar. Para penonton juga diundang untuk mengambil bahagian dalam persembahan itu. Selain itu, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, London, mengambil alih bendera Jawatankuasa Sukan Paralimpik Antarabangsa daripada bandar Beijing serta menampilkan persembahan selama lapan minit dalam upacara penutup.

Selama sebelas hari yang lalu, seramai lebih 4000 orang atlet OKU dari pelbagai tempat di dunia telah menyertai pertandingan dalam 20 acara yang melahirkan 471 juara. Mereka dengan aksi masing-masing telah memaparkan konsep Sukan Paralimpik, iaitu "melampaui diri, berpadu dan berkongsi.

Pada hari pertama Sukan Paralimpik ini, skuad OKU basikal Britain telah merangkul tiga pingat emas dan mencipta 3 rekod dunia yang baru. David Simon ialah salah seorang pemenang pingat emas tersebut, dan beliau berkata dengan gembira:

"Saya tidak sangka dapat memperoleh pingat emas. Ketika datang ke sini, saya memang berniat hendak menjadi johan, tetapi ketika hal itu menjadi kenyataan, saya lebih gembira daripada yang dijangkakan."

Dalam Sukan Paralimpik ini, ramai atlet yang telah mencipta rekod baru dalam bidang yang berbeza-beza, misalnya atlet kerusi roda dari Slovakia, Veronika Vadovicova yang merangkul pingat emas pertama Sukan Paralimpik Beijing dalam acara menembak. Atlet Laos, Simay Eay pula memperoleh pingat gangsa dalam acara angkat berat, dan ini merupakan pingat pertama yang diperoleh Laos dalam sejarah Sukan Paralimpik.

"Engkau mengusap pipiku dengan lembut, menjadikan aku merasa mesra. Walaupun aku tidak dapat melihatmu, tetapi aku tahu, engkau berada di sisiku……" Lagu "langit" ini yang dinyanyikan oleh penyanyi buta, Yang Haitao dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik telah menceritakan hubungan mesra antara OKU dengan orang biasa. Sebenarnya di gelanggang Sukan Paralimpik, saudara selalu menemui babak seperti yang dinyanyikan itu. Dalam pertandingan Judo Buta misalnya, tangan para sukarelawan, jurulatih dan pengadil menjadi mata atlet buta untuk membantu mereka meneruskan perlawanan.

Bagi golongan OKU, sukan bukan sekadar memberikan pingat dan kehormatan kepada mereka, malah yang lebih penting adalah menjadikan mereka lebih berani dan berkeyakinan. Pada awal bulan Mei yang lalu, Taufan Nargis melanda Myanmar. Rumah atlet Myanmar, Winn Niang terletak di kawasan bencana yang buruk itu, dan berbelas-belas orang ahli keluarganya terkorban. Dirinya sendiri juga cedera. Winn Niang menyatakan bahawa beliau dapat datang ke Beijing untuk beraksi dalam Sukan Paralimpik setelah berjaya mengatasi pelbagai kesukaran dengan keberanian yang diperolehnya daripada sukan. Katanya:

"Saya berasa bertuah sekali kerana sukan mendatangkan kegembiraan dan keberanian kepada saya. Memenangi pingat emas bukan sahaja untuk mendapat kehormatan bagi tanah air, tetapi juga merupakan impian saya. Saya akan terus menjalani latihan denga gigih hinega ke akhir hayat."

Tujuh tahun yang lalu, Beijing berjanji kepada dunia bahawa "kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan dijalankan serentak, dan Sukan Paralimpik akan sehebat Sukan Olimpik". Selepas 7 tahun berlalu, Beijing telah pun menunaikan janji itu. Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven telah menilai Sukan Paralimpik Beijing yang ditutup malam 17 September denga katanya,

"Ini merupakan batu tanda dalam sejarah Sukan Paralimpik. Sebab itu, Kami berasa girang dan membangkitkan."

Sukan Paralimpik Beijing menutup tirainya malam 17 September, tetapi kesannya akan tetap kekal dihati kita. Encik Craven mengatakan bahawa Sukan Paralimpik Beijing yang diadakan dengan jayanya ini, bukan sahaja akan menjadi warisan yang berharga kepada Beijing, malah kepada seluruh China. Katanya:

"Pertama, gelanggang Sukan Paralimpik dan pusat pemulihan sukan yang dibina khusus untuk OKU akan terus digunakan; kedua, Sukan Paralimpik juga akan giat mendorong pembinaan kemudahan tanpa halangan, bukan sahaja di Beijing bahkan di bandar-bandar lain di seluruh China."

Menurut statistik, sejak tahun 2001, sebanyak lebih 14,000 buah projek pembaikpulihan kemudahan tanpa halangan di Beijing telah dilaksanakan. Angka itu sama dengan jumlah kemudahan tanpa halangan yang dibina dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Menghormati, memelihara dan membantu OKU merupakan tanda yang penting bagi kemajuan tamadun masyarakat. Sukan Paralimpik Beijing telah menyediakan wahana yang baru bagi OKU sedunia untuk mencapai impian mereka. Presiden China, Hu Jintao menyatakan:

"Sukan Paralimpik akan menyediakan peluang yang baik kepada masyarakat untuk mengobarkan semangat kemanusiaan, berusaha memelihara hak dan kepentingan OKU, memastikan OKU menyertai kehidupan masyarakat secara adil dan berkongsi hasil pembangunan sosioekonomi. Saya percaya Sukan Paralimpik sebagai pentas bagi OKU dari pelbagai negara untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan akan meninggalkan harta berupa semangat yang amat berharga kepada usaha sukan OKU sedunia."

Malam ini, obor Sukan Paralimpik dipadamkan dan baton Sukan Paralimpik akan diserahkan kepada pihak London. Moga-moga kita bertemu lagi di London pada 2012. Sampai berjumpa pada 4 tahun lagi, tahniah kepada para atlet dan Sukan Paralimpik Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |