v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wartawan Muda dalam Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-18 16:45:03 CRI

Terdapat sekumpulan wartawan muda yang membuat liputan dalam Sukan Paralimpik Beijing dan mereka selalu menarik perhatian ramai kerana wajah mereka yang masih muda. Mereka berasal dari China dan Jerman dan diberi tugas untuk membuat liputan tentang temasya sukan ini dalam bahasa Mandarin, Jerman, Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Laporan mereka adalah untuk akhbar "Paralympics Zeitung" yang dihantar ke pelbagai kedutaan negara-negara Eropah di China, universiti Jerman dan Kesatuan Eropah.

Penerbitan akhbar "Paralympics Zeitung" dilancarkan oleh Jabatan Insurans Insiden Jerman dan akhbar "Der Tagesspiegel" dalam Sukan Paralimpik Athens pada tahun 2004. Projek itu mengundang wartawan muda dari Jerman dan negara penganjur temasya sukan ini untuk bersama-sama membuat liputan dengan tujuan lebih ramai orang dapat maklumat tentang Sukan Paralimpik dan OKU. Dalam Sukan Paralimpik Beijing ini, pihak Jerman telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah 80 Beijing menghasilkan penerbitan akhbar sejumlah 16 ribu.

Kumpulan wartawan muda itu terdiri daripada 18 orang pelajar Jerman dan 18 orang pelajar dari sekolah menengah atas. 18 orang wartawan muda China itu semuanya dari Sekolah Menengah 80 Beijing.

Wu Yudi ialah pelajar di Sekolah Menengah No.80. Dia memperolehi pengalaman yang sukar dilupakan ketika membuat liputan tentang temasya sukan ini. Dia berjaya mewawancara Presiden Jerman Kohler dan berasa amat bangga dengan kejayaannya itu.

Sepanjang tempoh temasya sukan itu, wartawan muda China dan wartawan Jerman ini juga menerima persahabatan ketika bersama-sama membuat liputan. Semangat atlet OKU yang berani dan tabah juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Wu Yudi berkata:

"Semangat atlet OKU yang optimis terhadap kehidupan amat menggalakkan. Saya menganggap Sukan Paralimpik Beijing bukan sekadar satu temasya sukan sahaja, ia merupakan wadah pertemuan bagi OKU untuk saling mempelajari dan menggalakkan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |