v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik Beijing dari Sudut Pandangan Sukarelawan
2008-09-24 10:02:21 CRI

Sukan Paralimpik Beijing telah ditutup pada 17 September lalu. Kontinjen Malaysia dalam temasya sukan ini juga sudah kembali ke negaranya. Sepanjang tempoh mereka berada di Beijing, iaitu selama hampir 20 hari, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menghantar sukarelawan untuk memberikan perkhidmatan kepada kontinjen ini. Sukarelawan dan anggota kontinjen ini amat rapat dan mesra. Jin Xiaowen, dari Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing dan Cai Siqi, dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing ialah sukarelawan yang memberikan perkhidmatan kepada kontinjen Malaysia. Jadi, apakah agaknya pandangan mereka terhadap kontinjen Malaysia. Marilah kita dengar kenyataan mereka.

Hubungan dengan ketua kontinjen Malaysia, Encik Ng Keng Chuan telah meninggalkan kesan yang paling mendalam kepada kedua-dua orang sukarelawan tersebut. Ketika diwawancara oleh wartawan kami, Jin Xiaowen berkata: "Beliau amat berdikari dan penuh yakin kepada diri sendiri. Pada hari perasmian sukan tersebut, saya menemani beliau. Beliau duduk di kerusi roda dan kerusi rodanya bergerak amat pantas. Ketika menghadapi halangan, saya ingin membantunya, namun, beliau berkata beliau boleh menyelesaikannya sendiri. Biasanya, beliau tidak memerlukan bantuan orang lain, Oleh sebaba mempunyai latar belakang jurusan undang-undang, maka beliau amat menyanjung semangat sama rata."

Jin Xiaowen menyatakan bahawa biasanya, Encik Ng Keng Chuan tidak menggunakan kerusi roda, malah beliau lebih suka menggunakan tongkat. Dengan cara itu, beliau boleh mengelakkan diri daripada dibantu oleh orang lain. Encik Ng Keng Chuan merasakan bahawa bantuan yang diharapkan oleh orang kurang upaya (OKU) hanya kedudukan dan peluang yang saksama dengan orang biasa, dengan itu, mereka boleh menyelesaikan kesukaran yang lain.

Encik Ng Keng Chuan bukan sahaja amat berdikari, malah beliau merupakan seorang yang bersopan santun. Ketika diwawancara oleh wartawan kami, Cai Siqi berkata: "Pada suatu hari, kami tiga orang sukarelawan menemani Encik Ng Keng Chuan membeli-belah di pasar Silk Street. Beliau telah memilih sepasang pakaian corak tradisional China. Tetapi semua penjual di situ wanita, dan beliau malu untuk tawar-menawar. Akhirnya, kami membantunya untuk menawar harga pakaian tersebut, dan mengajarnya betapa untungnya jika kita pandai menawar."

Cai Siqi menyatakan bahawa mereka memberitahu Encik Ng Keng Chuan, sekiranya beliau merasakan harga sesuatu barang itu terlalu mahal, beliau boleh terus meninggalkan kedai itu. Ketika itu, penjual tentu akan menurunkan harga. Namun beliau malu berbuat demikian, terutamanya jika penjualnya kaum wanita.

Sukarelawan mesra dengan kontinjen Malaysia dengan cepat, dan mereka rapat sekali dengan semua anggotanya. Jin Xiaowen merasakan Encik Zul Amirul Sidi Abdullah merupakan orang yang paling lucu dalam kontinjen tersebut. Katanya: "Beliau amat lucu. Pada suatu hari, beliau mengikuti pertandingan renang dengan bersungguh-sungguh, namun tidak mencapai kejayaan diharapkannya. Ketika kembali, kami cuba menasihatinya. Pada mulanya, beliau begitu kecewa, tetapi selepas mendengar kata-kata semangat daripada kami, beliau segera kembali gembira."

Zul memberikan persembahan yang paling baik dan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir. Walaupun hanya berjaya menduduki tangga ke-7, tetapi belia berjaya mengharumkan nama negaranya. Atlet acara memanah Malaysia, Muhamad Salam Sidik yang menduduki tangga ke-6 di dunia diberikan harapan yang tinggi sebelum temasya sukan ini. Tetapi, beliau tersingkir dalam pertandingan ini terlalu awal. Walau bagaimanapun, ketabahannya menyentuh hati setiap orang. Cai Siqi berkata: "Salam merupakan atlet yang mempunyai kehebatan untuk meraih pingat. Tetapi, aksinya dalam pertandingan kurang baik. Kami semua berasa amat kecewa, namun beliau tetap tabah dan kelihatan tenang, kerana beliau tidak berharap jurulatihnya tidak sedih."

Selain itu, Mohd Raduan Emeari yang amat kacak itu ialah Naib Ketua yang kelihatan serius, tetapi sebenarnya suka berjenaka, Siow Lee Chan pula kelihatan seperti makcik di sebelah rumah kita. Tidak kira, sama ada mereka mencapai kemenangan dalam temasya sukan inim atau tidak, kontinjen ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap orang yang ada hubungan dengan mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |