v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ketua Kontinjen dari Pelbagai Negara dan Wilayah di Asia Sanjung Tinggi Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-25 10:45:45 CRI

Sukan Paralimpik Beijing telah ditutup dengan rasminya pada 17 September lalu. Ketua kontinjen dari pelbagai negara dan wilayah di Asia menyanjung tinggi temasya sukan ini. Pihak penganjur Beijing telah memberikan perkhidmatan yang baik dalam aspek peraturan pertandingan, pembinaan kemudahan gelanggang pertandingan, lalu lintas dan sukarelawan. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Ketua Kontinjen Jepun dalam Sukan Paralimpik Beijing, Puan Okubo Harumi yang berumur 59 tahun menyertai Sukan Paralimpik Seoul pada tahun 1988 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Nagano pada tahun 1998.

Beliau merasakan bahawa lalu lintas dan kemudahan tanpa halangan di perkampungan Sukan Paralimpik Beijing amat bagus. Kata beliau: "Hampir tiada bahagian yang cerun di perkampungan Sukan Paralimpik. Semua atlet boleh bergerak dengan bebas. Selain itu, lalu lintas antara perkampungan dengan gelanggang latihan juga mudah dan lancar. Pihak penganjur juga menyediakan tempat untuk meletak alat-alat latihan di kesemua gelanggang dan memberikan perkhidmatan pengangkutan bagi alat-alat tersebut antara gelanggang latihan dengan perkampungan Sukan Paralimpik. Namun, kita perlu membuat permohonan terlebih dahulu untuk mereka menyediakan perkhidmatan yang berkenaan. Kita dapat merasakan betapa rapinya usaha dan peraturan yang dibuat oleh pihak penganjur Beijing itu."

Ketua Kontijen Republik Korea, Kim Sung Il juga merasakan bahawa lalu lintas di Beijing dalam tempoh temasya sukan ini amat lancar. Kata beliau: "Sukan Paralimpik Beijing merupakan Sukan Paralimpik Musim Panas ke-13. Saya merasakan bahawa China telah membuat persiapan dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan temasya sukan ini. Pelbagai perkhidmatan termasuk kemudahan tanpa halangan kepada orang kurang upaya (OKU) amat memuaskan kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada China."

Ketua Kontinjen India, Shankar Iyar telah melawat Beijing pada tahun 1994. Beliau merasakan bahawa alam sekitar Beijing hampir setara dengan beberapa bandar raya di Eropah. Kata beliau: "Saya pernah menyertai Pesta Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan yang diadakan di Beijing pada tahun 1994. Berbanding dengan masa itu, Beijing kini telah mengalami perubahan yang besar. Kami berasa sama seperti berada di Eropah ketika berada di Beijing. Terdapat banyak bangunan yang tinggi, dan jalannya juga indah dan bersih."

Selain lalu lintas dan alam sekitar, perkhidmatan sukarelawan juga meninggalkan kesan yang besar kepada ketua-ketua kontinjen. Ketua Kontinjen Bangladesh, A.S.M. Mofazzel Hossain memberitahu wartawan bahawa: "Para sukarelawan telah memberikan perkhidmatan yang bagus dan rapi. Mereka baik hati dan a amat sabar. Peraturan bagi pelbagai aspek amat kemas. Kerja persiapan pihak penganjur telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya."

Ketua Kontinjen Sri Lanka, Rajive Wickramasinghe menyatakan bahawa kesemua orang patut mengucapkan terima kasih kepada sularelawan atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. Kata beliau: "Sukarelawan dalam Sukan Paralimpik Beijing telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada kita. Malah, temasya sukan ini berjaya diadakan dengan cemerlang kerana sumbangan mereka. Senyuman manis sentiasa terukir di wajah mereka, dan mereka juga menitikkan peluh di gelanggang. Merekalah pahlawan sebenar. Kita patut menghargai mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua mereka."

Manakala Ketua Kontinjen Nepal, Surendra Bahadur Basnyat pula menganggap sukarelawan saudaranya. Kata beliau: "Sukarelawan telah memberikan perkhidmatan yang bagus kepada kita. Mereka boleh berkomunikasi dengan kita dalam bahasa ibunda kita, sama seperti pakar bahasa. Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh. Bantuan yang diberikan oleh mereka kepada kita telah melampaui bantuan sukarelawan biasa. Kita semua menganggap mereka saudara kita. Saya akan sentiasa mengenang jasa mereka, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka."

Kontinjen Mongolia pula meraih pingat emas pertamanya dalam acara memanah dalam Sukan Paralimpik Beijing kali ini. Di samping berasa amat gembira, Ketua Kontinjen Mengolia, G.L Hagwasurung merasakan bahawa baik peraturan mahu pun tahap pertandingan sukan dalam Sukan Paralimpik Beijing ini, kedua-duanya telah mencapai tahap yang baru. Kata beliau: "Sukan Paralimpik Beijing memberikan suasana dan perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan temasya sukan yang terdahulu. Oleh itu, atlet dari pelbagai negara dapat memberikan persembahan yang bertaraf tinggi. Kontinjen kita mencapai impian untuk meraih pingat emas pertama dalam Sukan Paralimpik."

Ketua kontinjen dari pelbagai negara dan wilayah di Asia menyatakan bahawa Sukan Paralimpik Beijing sama hebatnya dengan Sukan Olimpik Beijing. Peraturan pihak penganjur China yang bertaraf tinggi telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |