v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing Memberi Manfaat kepada Rakyat China
2008-10-09 10:39:07 Agensi Berita Xinhua China

Sukan Olimpik Beijing yang digambarkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge sebagai "temasya sukan yang benar-benar luar biasa" ini telah menjadi ingatan manis dalam sejarah Olimpik. Kontinjen China berjaya mengharumkan nama negaranya dengan prestasi yang cukup cemerlang. Ketika menikmati kegembiraan yang dibawa oleh temasya sukan yang berprestij ini, rakyat China juga memperoleh banyak manfaat yang tidak ternilai harganya.

Pertama, Sukan Olimpik Beijing menjadikan rakyat China lebih berkeyakinan, minda lebih terbuka dan lebih mantap.

Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik kali ini, rakyat China telah menyajikan kepada dunia sebuah temasya sukan yang istimewa dan bertaraf tinggi. Keistimewaan kebudayaan tradisional China, semangat perjuangan atlet China, sikap rakyat China yang ramah mesra semuanya telah mendapat pujian tinggi daripada masyarakat antarabangsa. Kejayaan tersebut telah membuktikan bahawa rakyat China bersedia dan juga berkemampuan untuk menyumbang kepada perkembangan Sukan Olimpik dan pembangunan dunia harmoni.

Sepanjang tempoh berlangsungnya temasya sukan ini, keghairahan yang tinggi, sikap ramah mesra, toleransi dan terbuka serta kesantunan dan budi bahasa yang ditunjukkan oleh rakyat China telah mengharukan atlet dari pelbagai negara. Ketika menyaksikan pertandingan, mereka sentiasa memberikan sorakan dan tepukan yang gemuruh kepada setiap atlet, tidak kira dari negara mana.

Sebelum dan selepas Sukan Olimpik Beijing diadakan, terdapat pula sesetengah pihak yang berniat menimbulkan kekacauan dalam temasya sukan ini. Menghadapi dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tersebut, rakyat China bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga telah menghapuskan salah faham sesetengah pihak dan memenangi keperjayaan dan pujian masyarakat antarabangsa. China yang sedang membangun secara damai sedang mengorak langkahnya ke pentas dunia dengan sikap toleransi, terbuka dan penuh keyakinan.

Kedua, Sukan Olimpik Beijing mempertingkatkan taraf hidup rakyat China.

Tirai Sukan Olimpik Beijing sudah dilabuhkan, namun Stadium Nasional "Sarang Burung" yang tersergam megah, Pusat Akuatik Nasional "Kubus Air" yang indah serta laluan kereta api bawah tanah yang baru dibuka di Beijing untuk terus berkhidmat kepada orang ramai. Ketika bersiar-siar di jalan raya bandar ini, anda pasti akan mendapati jalan raya lebih lebar, lalu lintas lebih lancar, langit lebih biru dan udara juga lebih bersih. Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja memuaskan hati rakyat seluruh dunia, malah juga memberi manfaat kepada orang awam China.

Selain Beijing, temasya sukan ini telah membawakan perubahan di mana-mana tempat di China. Di beberapa bandar lain yang menganjurkan acara pertandingan Sukan Olimpik seperti Shanghai, Tianjin dan Qingdao, gelanggang-gelanggang sukan yang moden itu bukan sahaja dijadikan kemudahan awam yang berkhidmat untuk orang ramai, malah juga menjadi mercu tanda di bandar tersebut. Di tempat-tempat lain, pembinaan infrastruktur, taraf perkhidmatan awam dan perlindungan alam sekitar juga mencapai kemajuan yang amat memberangsangkan.

Menurut jangkaan pakar ekonomi, sumbangan Sukan Olimpik Beijing terhadap ekonomi China mencatat 600 bilion yuan RMB. Peranan positif temasya sukan ini terhadap pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat jelas kelihatan.

Ketiga, Sukan Olimpik Beijing membolehkan rakyat China mengenali lebih ramai kawan.

Sukan Olimpik kali ini disertai oleh lebih 10 ribu orang atlet dari 204 buah negara dan wilayah, dilaporkan oleh lebih 30 ribu orang wartawan dan menarik ratusan ribu orang pelancong asing. Temasya sukan yang terbesar di dunia ini bukan sahaja menyediakan satu wahana bagi pertukaran antara pelbagai kebudayaan yang berbeza, malah membolehkan dunia mengenal China secara lebih menyeluruh.

Dengan perkhidmatan yang cekap dan mesra yang ditawarkan oleh "keluarga Olimpik" dan para sukarelawan, perlumban hebat di gelanggang pertandingan serta interaksi di luar gelanggang pertandingan, Sukan Olimpik Beijing menjadi wadah yang meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan luar negara. Di bawah panji Olimpik, orang ramai dari pelbagai negara yang mempunyai kepercayaan agama dan latar belakang budaya yang berbeza-beza berkumpul bersama-sama untuk berkongsi satu impian iaitu bersatu padu, bersahabat, harmoni dan maju jaya.

Sukan Olimpik Beijing telah menunjukkan kepada dunia tahap keterbukaan China dan sikap toleransi rakyatnya. Selepas temasya sukan ini berakhir, interaksi antara China dengan dunia pasti akan bertambah erat. Hal ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat China, malah juga mendatangkan faedah yang besar kepada rakyat seluruh dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |