v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah Ngo Lan Huong, Pemain Catur Xiangqi yang Paling Hebat di Vietnam
2008-10-23 09:45:49 CRI

Semasa berlangsungnya Sukan Minda Dunia yang pertama di Beijing, di dewan pertandingan catur Xiangqi, sering dilihat seorang pemain wanita yang bermata besar dan berambut pendek. Beliau yang rajin belajar ini sentiasa melihat pemain catur lain bermain sambil mempelajari kemahiran mereka bermain catur sehinggakan dia lupa akan waktu makan. Beliaulah Ngo Lan Huong, pemain catur Xiangqi yang paling hebat di Vietnam. Beliau yang menjadi kebanggaan negara ini berjaya memberi sumbangan kepada usaha mempromosi acara catur Xiangqi di seluruh dunia.

Ngo Lan Huong yang berumur 29 tahun ini dilahirkan di Vietnam dengan seperempat darahnya dari keturunan Cina. Seperti gadis-gadia lain di negaranya, beliau amat rendah hati dan sederhana. Setelah mula mempelajari teknik bermain catur Xiangqi pada umur 15 tahun, bakatnya dalam bidang ini kian menonjol.

"Ketika mula-mula mempelajari teknik bermain catur ini, saya menganggapnya sebagai hiburan semata-mata. Ketika bersekolah, sekolah saya telah menyelenggarakan satu pertandingan catur. Sebagai satu-satunya pemain wanita yang menyertai pertandingan itu, saya telah memenangi tempat pertama setelah bertarung dengan pemain-pemain lelaki. Selepas menjalani latihan selama beberapa bulan, saya pun memenangi tempat pertama dalam satu kejohanan catur peringkat negara. Dengan itu, saya terpilih menjadi anggota pasukan pemain catur negara sehinggalah kini."

Setelah berkhidmat untuk pasukan negara, prestasi Ngo Lan Huong terus meningkat. Tahun 2007 merupakan tahun kejayaan bagi beliau. Dalam Kejohanan Catur Xiangqi Dunia ke-10, beliau memperoleh pingat perak dalam acara individu. Dalam pertandingan catur Xiangqi Sukan Indoor Asia ke-2 yang lalu, beliau memenangi pingat emas pula. Ketika kembali ke tanah airnya, beliau telah disambut meriah bagaikan pahlawan. Dalam Sukan Minda Dunia kali ini, beliau dianggap sebagai pesaing yang paling hebat bagi pemain China.

Catur Xiangqi yang berasal dari China sudah mempunyai sejarah yang lama. Namun, disebabkan buah caturnya dibezakan dengan tulisan China, maka ia kurang popular di dunia. Hanya pada abad lalu, permainan ini baru diperkenalkan di wilayah lain di Asia serta Eropah. Kini, di Vietnam, permainan ini makin digemari ramai. Maka, lahirlah juga sejumlah pemain yang amat cemerlang di sana. Ngo Lan Huong menyatakan bahawa,

"Kini, catur Xiangqi kian popular di Vietnam. Semakin ramai orang mula memperlajari teknik bermain catur ini melalui talian internet. Untuk menguasai tekniknya, para peminat perlu lebih kerap membuat latihan dalam talian."

Menurut Ngo Lan Huong, kini, catur Xiangqi boleh didapati dijual di mana-mana kedai di Hanoi. Bertarung catur Xiangqi juga menjadi senario biasa di tepi jalan raya dan di taman-taman di bandar itu. Selain itu, di pelbagai sekolah-sekolah rendah dan menengah di Vietnam juga ada kursus yang mengajarkan teknik bermain catur Xiangqi kepada pelajar. Usaha ini amat baik untuk membantu bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan catur ini. Dengan demikian, tahap kemahiran bermain catur Xiangqi di Vietnam telah meningkat dengan ketara.

Sebagai pemain catur Xiangqi yang paling cemerlang di Vietnam, Ngo Lan Huong mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap permainan uji mental ini. Beliau berpendapat bahawa ketika menyelidik teknik bermain catur Xiangqi, pemikirannya turut menjadi lebih logik. Kata beliau,

"Acara permainan uji akal ini membolehkan saya mengenali ramai orang dan mendapat sahabat. Dengan pertandingan hebat di dewan pertandingan dan interaksi di luar dewan pertandingan, persahabatan antara kami menjadi lebih erat. Ketika menyelidik teknik bermain catur, pemikiran saya juga menjadi lebih rapi dan mantap. Ini memberikan banyak manfaat kepada kehidupan harian saya."

Walaupun Ngo Lan Huong sudah menjadi pemain catur Xiangqi yang paling cemerlang di luar China, namun beliau tidak pernah menghentikan langkahnya untuk terus maju jaya dalam sukan catur ini. Beliau menyatakan bahawa walaupun pernah mengalahkan pemain catur dari China, namun, masih ada jurang yang besar antara taraf permainannya dengan taraf pemain yang paling cemerlang di China itu. Maka, beliau perlu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh supaya taraf kemahirannya dapat meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.

Walaupun demikian, orang ramai menganggap Ngo Lan Huong gadis yang bersifat rendah hati dan bijak. Gadis ini telah berjaya mengharumkan nama negaranya di persada sukan catur antarabangsa. Gadis yang membanggakan Vietnam ini ialah calon yang paling berpotensi menjadi juara dunia acara catur Xiangqi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |