v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hubungan antara China dengan Pelbagai Kejohanan Antarabangsa Peringkat Tinggi Seperti Orang Berbulan Madu
2008-11-20 10:50:37 CRI

Pada bulan Ogos lalu, Beijing telah menganjurkan Sukan Olimpik musim panas ke-29 dengan penuh kejayaan. Pertandingan-pertandingan yang cukup menarik itu telah menemani peminat-peminat sukan di seluruh dunia menikmati hari-hari yang sungguh ceria. Walaupun begitu, pada era pasca-Olimpik ini, muncullah satu tanda tanya dalam fikiran orang ramai, iaitu adakah episod "cinta" antara China dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa peringkat tinggi sudah pun tamat? Mengenai soalan ini, wartawan CRI, Rao Binbin telah sempat mewawancara Encik Jiang Lan, Pengurus Besar Syarikat Pengurusan Kejohanan Antarabangsa Juss Shanghai yang merupakan penyelenggara Grand Prix F1China dan Piala Masters Tenis Shanghai

Pada pandangan beliau, "bulan madu" antara mereka baru bermula. Berikut ini ialah laporan daripada wartawan kami.

Dengan deruan enjin kereta F1 yang mengaum-ngaum, Grand Prix F1 China telah melabuhkan tirainya di Gelanggang Lumba Kereta Antarabangsa Shanghai pada 19 Oktober lalu. Sebagai kejohanan antarabangsa peringkat tinggi yang pertama yang diadakan di China pada awal era pasca-Olimpik, kejohanan ini telah menarik kehadiran puluhan ribu orang peminat untuk menyaksikannya dari dekat. Suasana di gelanggang itu sungguh meriah sehingga kelihatan setanding dengan Sukan Olimpik. Keadaan ini telah memberikan tekanan yang besar kepada pihak penyelenggara. Namun, tekanan ini turut menjadi pemacu bagi mereka untuk terus menceburkan diri dalam usaha sukan ini, kerana seluruh fenomena tersebut membuktikan bahawa keghairahan rakyat China terhadap kejohanan-kejohanan antarabangsa peringkat tinggi tetap semakin memuncak walaupun Sukan Olimpik sudah berakhir. Encik Jiang Lan menyatakan bahawa lebih banyak kejohanan antarabangsa peringkat tinggi akan diadakan di China pada masa akan datang. Kata beliau,

"Pada pandangan saya, hubungan antara kita dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa akan menjadi semakin erat. Sejak berlangsungnya kejohanan tenis bertaraf dunia yang pertama pada kira-kira 10 tahun lalu, kami sudah mempunyai sejarah penganjuran yang amat membanggakan. Di samping itu, memandangkan tahap keterbukaan China yang kian meningkat, kita memerlukan lebih banyak kejohanan antarabangsa untuk meningkatkan imej China di arena antarabangsa, seterusnya meningkatkan taraf sektor perkhidmatan kita yang moden, dan menggerakkan industri-industri yang berkaitan. Maka, sama ada dilihat dari segi permintaan pasaran, mahupun keadaan semasa pasaran, hubungan 'percintaan' antara kejohanan yang besar-besar ini dengan kita akan berkekalan, malah akan menjadi lebih erat."

F1, Sukan Olimpik dan Piala Dunia Bola Sepak tergolong dalam tiga kelompok kejohanan sukan yang paling penting di dunia. Ketiga-tiga kejohanan ini sudah mempunyai sejarah selama lebih 50 tahun, dan mempunyai ramai peminat dan penaja di Eropah dan A.S. Setiap kali diadakan siri kejohanan F1, ia akan disiarkan secara langsung di lebih 180 buah negara di dunia. Sebaik sahaja kejohanan ini datang ke Shanghai pada tahun 2004, ia sudah pun menjadi perintis dalam pembangunan industri sukan China. Encik Jiang Lan memberitahu wartawan bahawa,

"F1 dan Piala Masters Tenis merupakan dua kejohanan bertaraf dunia yang telah diadakan di China. Kedua-dua kejohanan ini dikenali ramai di arena antarabangsa dan mempunyai nilai perdagangan yang tinggi. Dari segi pengendaliannya, kedua-dua kejohanan ini sudah mempunyai asas yang kukuh di China. Dilihat dari sudut ini, kedua-dua kejohanan ini memikul tanggungjawab sebagai pemangkin dalam pembangunan industri sukan negara kami."

Selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir, China tidak putus-putus menjadi tumpuan seluruh dunia kerana menjadi tuan rumah beberapa kejohanan antarabangsa peringkat tinggi, seperti Grand Prix F1 dan Kejohanan Tenis Terbuka China. Keadaan ini telah merangsang keghairahan rakyatnya terhadap sukan. Encik Jiang Lan menyatakan pendapatnya bahawa Sukan Olimpik Beijing berjaya mencipta satu era baru bagi pembangunan pelbagai kejohanan peringkat tinggi di China. Kata beliau,

"Pada pandangan saya, Sukan Olimpik Beijing telah merangsang perhatian dan keghairahan rakyat China kepada sukan. Selain itu, temasya sukan ini juga membolehkan syarikat-syarikat besar, seperti kami, mendapat peluang perdagangan dalam sektor pemasaran sukan. Kami akan terus berusaha untuk mencari kaedah pemasaran yang lebih profesional. Usaha kami ini pasti akan menjadi pemangkin yang mendorong pembangunan kejohanan-kejohanan antarabangsa peringkat tinggi di China."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |