v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Keempat Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
2006-03-28 15:20:17 CRI

"Keturunan Naga" Menanti-nantikan Penyatuan Semula Tanah Besar China dengan Taiwan

Walaupun Tanah Besar China dan pulau Taiwan dipisahkan oleh Selat Taiwan, akan tetapi Tanah Besar China dan Taiwan tetap merupakan wilayah China sejak zaman silam, penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan juga mempunyai adat resam dan kebudayaan yang sama. Pada masa ini, disebabkan faktor politik, saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan tidak boleh mengadakan pertukaran dengan bebas, walau bagaimanapun, adat resam dan kebudayaan tradisional mereka yang sama tidak dapat dipisahkan.

Yang saudara ikuti sekarang ialah rakaman murid-murid sekolah rendah Taiwan membaca The Book of Rites sebuah buku terkenal pada zaman silam China secara berkumpulan. Kandungan yang mereka baca tentang masyarakat yang idealistik Confucius, seorang pemikir terkenal China pada lebih dua ribu tahun lalu.

Selama ini, penduduk Taiwan sama seperti penduduk Tanah Besar China mendapat pendidikan kebudayaan tradisional China sejak kecil. Walaupun pada zaman moden, selepas konsep pendidikan Barat diperkenalkan ke Timur, kebudayaan tradisional China masih merupakan bahan penting dalam pelajaran dan dijunjung oleh orang ramai. Hingga sekarang, penduduk di kedua-dua pantai Selat Taiwan masih menggunakan tulisan yang sama dan bahasa yang sama. Dialek penduduk Taiwan juga berasal daripada dialek Provinsi Guangdong dan Provinsi Fujian di Tanah Besar China. Selain itu, penduduk Taiwan juga mempunyai banyak kebudayaan dan kebiasaan kehidupan yang sama dengan penduduk Tanah Besar China.

Encik Zhu Fulai yang berumur 81 tahun berhijrah ke bandar Xiamen, Provinsi Fujian dari Taiwan semasa beliau masih muda untuk mencari rezeki. Beliau tidak pernah pulang ke Taiwan selepas mendapat kerja dan mendirikan rumah tangga di Tanah Besar China. Menyebut adat resam rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan, Encik Zhu mengenang kembali adat resam menyambut Tahun Baru Cina di Taiwan. Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting di China. Di selatan China, hampir semua keluarga makan Nian Gao sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras semasa menyambut Tahun Baru Cina.

"Semasa saya kecil, ibu saya akan mengisar beras untuk membuat kuih Nian Gao. Adat resam di kedua-dua pantai Selat Taiwan hampir sama. Yang ada di sini ada juga di sana." Kata encik Zhu.

Perayaan tradisional penduduk Taiwan hampir sama dengan Tanah Besar China, kebiasaan menyambut perayaan tersebut di kedua-dua pantai Selat Taiwan juga sama. Misalnya semasa menyambut Tahun Baru Cina, orang Cina biasanya akan memuja nenek moyang, sekeluarga berjaga sepanjang malam untuk menyambut ketibaan Tahun Baru, mengadakan pesta tanglung semasa menyambut Capgome, menziarahi kubur anggota keluarga pada 5 April setiap tahun, makan ketupat pada Hari Pecun pada 5 Mei imlek makan kuih bulan yang melambangkan pertemuan semula pada Festival Pertengahan Musim Luruh.

Selain perayaan yang sama, penduduk di kedua-dua pantai Selat Taiwan juga mempercayai dewa yang sama, upacara pemujaan itu juga hampir sama.

Nama asal Dewa Guan Di ialah Guan Yu. Beliau ialah sorang general yang sangat terkenal di China pada abad ke-3. Guan Yu bukan sahaja berani dan gagah, tetapi juga jujur lagi sangat taat setia kepada maharajanya. Maka rakyat China sangat menghormati beliau, menyebut beliau sebagai Guan Di dan mengeramatkan patungnya. Di dalam bahasa Mandarin bererti maharaja. Di kawasan perairan Selat Taiwan yang berhampiran Tanah Besar China terdapat sebuah pulau yang bernama Pulau Dongshan. Di pulau itu terdapat satu kuil Guan Di yang dibina pada abad ke-14. Setiap tahun, ramai penduduk Taiwan akan pergi ke pulau itu untuk menyembah Dewa Guan Di.

19 Jun ialah hari ulang tahun Guan Di. Pada subuh 16 Jun tahun ini, orang ramai telah menyala dupa dan lilin, meletakkan buah-buahan, kuih-muih, babi dan kambing yang disembelih di Kuil Guan Di. Mereka yang datang dari Tanah Besar China dan Taiwan akan mengadakan upacara bersembahyang beramai-ramai di Kuil Guan Di.

Encik Zhang yang datang dari Taipei berkata, keluarganya sentiasa menyembah Dewa Guan Di. Beliau mempercayai Guan Di sejak kecil. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, beliau hampir setiap tahun pergi ke Pulau Dongshan untuk menyertai upacara bersembahyang dan menyaksikan persembahan rakyat.

"Guan Di mempunyai ramai penganut di Taiwan, kami datang kemari agar dapat menambah pengalaman tentang adat resam tempatan."

Satu Dewi yang disembah bersama-sama oleh penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan ialah Mazu. Mazu ialah dewi yang melindungi anak kapal di laut. Menurut legenda, Mazu merupakan seorang perempuan Dinasti Song pada kira-kira seribu tahun dahulu. Penduduk di kebanyakan tempat di kawasan pesisir pantai di tenggara China dan Taiwan sangat mempercayai Mazu. Mereka telah membina banyak kuil Mazu di pelbagai tempat. Berdasarkan statistik, di Taiwan sahaja terdapat 74 kuil Mazu. Manakala, bangunan utama kuil Mazu terletak di Pulau Meizhou, sebuah pulau kecil di Provinsi Fujian China. Setakat ini, penganut Dewi Mazu masih ramai di kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Berdasarkan maklumat pakar isu Taiwan, Akademi Sains Sosial China, Puan Zeng Runmei, terdapat 98% nenek moyang penduduk Taiwan berasal dari Tanah Besar China. Ramai yang telah menetap di Taiwan selama beberapa generasi. Mereka mencintai Taiwan, di samping tidak melupai tanah air mereka ialah Tanah Besar China.

Encik Yang Kezheng yang tinggal di Taiwan berasal dari Pulau Dongshan. Beliau memberitahu kami bahawa kampung halamannya sentiasa kekal dalam ingatannya. Encik Yang berniaga dan membuka kilang di Tanah Besar China pada lebih 10 tahun lalu. Syarikatnya beroperasi dengan baik. Baru-baru ini, beliau merancang melabur lima juta Yuan RMB di Pulau Dongshan, kampung halamannya untuk membina Pusat Pameran Kebudayaan Kedua-dua Pantai Selat Taiwan. Pusat pameran itu akan mempamerkan muzik tradisional, lagu tradisional dan adat resam rakyat di Provinsi Fujian dan pulau Taiwan yang terpisah oleh Selat Taiwan.

Encik Yang berkata, kebudayaan Taiwan berkaitan rapat dengan kebudayaan Dongshan. Saya ingin mempamerkan persamaan kebudayaan kampung halaman dan Taiwan agar meningkatkan pertukaran kedua-dua pantai Selat Taiwan dan menyediakan suasana yang harmoni untuk penduduk kedua-dua pihak.

Puan Zeng Runmei berkata, kebudayaan China berasal dari Tanah Besar China, sarjana Taiwan sangat berharap mengadakan pertukaran dengan pihak Tanah Besar China. Di samping itu, Taiwan juga mempunyai pengalaman yang patut kami pelajari dalam melindungi kebudayaan tradisional.

Puan Zeng juga menyatakan, sebagai orang China, perkembangan di kedua-dua pantai Selat Taiwan membanggakan beliau. Terutamanya pada hari ini, peranan China dalam masyarakat antarabangsa semakin meningkat, ini menjadikan beliau sentiasa menanti-nantikan penyatuan semula Tanah Besar China dengan Taiwan. Dengan itu, rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan dapat berkongsi kemuliaan kebangkitan bangsa Cina.

Yang saudara ikuti sekarang ialah sebuah lagu yang sangat popular di kedua-dua pantai Selat Taiwan, tajuknya ialah Keturunan Naga. Antara seni kata lagu itu disebut, pada zaman purba terdapat seekor naga di Timur, nama naga itu ialah China. Pada zaman purba terdapat sekumpulan orang di Timur, mereka semua ialah keturunan naga itu. Saya membesar di bawah kaki naga besar itu dan menjadi keturunan naga. Kami yang berrambut berwarna hitam, warna mata hitam serta warna kulit kuning merupakan keturunan naga selama-lamanya.

Soalan:

1, Sila nyatakan tiga perayaan tradisional Tanah Besar China dan Taiwan yang sama.

2, Berapa peratus penduduk Taiwan yang nenek moyang mereka berasal dari Tanah Besar China?

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |