v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Kedua Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
2006-03-28 15:19:58 CRI

Prinsip asas kerajaan China menyelesaikan masalah Taiwan serta apa telah dibuat oleh kerajaan China dalam usaha menyelesaikan masalah itu dan menyatukan semula negara ini.

Presiden China, Hu Jintao pada Mac lalu dalam ucapannya tentang masalah Taiwan berkata, kami mengalu-alukan usaha sesiapa dan sebarang parti asalkan mereka mengiktiraf prinsip satu China. Asalkan mematuhi prinsip itu, tidak kisah apa pernah mereka cakap dan apa pernah mereka buat, kami sedia berdialog dengan mereka tentang isu mengembangkan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dan mendorong penyatuan semula tanah tanah air secara damai.

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China tidak pernah membatalkan rancangan untuk menyatukan semula wilayah China. Prinsip asas kerajaan China menyelesaikan masalah Taiwan ialah "penyatuan semula secara damai dan dasar satu negara dua sistem". Kandungan teras prinsip itu ialah berusaha mewujudkan penyatuan semula kedua-dua pantai Selat Taiwan melalui rundingan damai. Selepas penyatuan semula, peranan utama negara ini ialah Tanah Besar China dan sistem sosialisme akan dipertahankan. Taiwan boleh mengekalkan sistem kapitalisme dalam jangka masa panjang.

Sejak tahun-tahun lalu, kerajaan China dengan giat mendorong perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan. Atas usaha bersama kedua-dua pantai selat itu, pada akhir 1980-an, situasi hubungan terputus yang berlarutan hampir 40 tahun telah berubah. Pertukaran ekonomi, kebudayaan dan personaliti antara kedua-dua pantai Selat Taiwan juga banyak meningkat. Berdasarkan statistik, sejak lebih 10 tahun lalu, jumlah perdagangan kedua-dua pantai Selat Taiwan telah mencatat lebih 400 bilion dolar Amerika, daripada jumlah itu, lebihan perdagangan pihak Taiwan menghampiri 300 bilion dolar Amerika. Pihak Tanah Besar China juga menyediakan kemudahan untuk saudara setanah air dari Taiwan datang ke Tanah Besar China untuk melawat sanak saudara, melancong dan berurus niaga. Pada masa ini, terdapat ratusan ribu orang penduduk Taiwan bekerja, menuntut dan tinggal di Tanah Besar China. Selain itu, badan perundangan China, kerajaan pusat dan tempatan China telah menetapkan dan melaksanakan banyak undang-undang dan peraturan untuk menjamin hak dan kepentingan sah penduduk Taiwan di Tanah Besar China. Sementara itu, kerajaan China juga berusaha mendorong dialog politik antara kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Walau bagaimanapun, berbanding dengan usaha pihak Tanah Besar China, pihak berkuasa Taiwan telah mengenakan banyak halangan terhadap lawatan penduduk Tanah Besar China ke Taiwan. Tindakan itu telah menyekat pertukaran sandara setanah air kedua-dua pantai Selat Taiwan. Terutamanya, pada beberapa tahun ini, seiring dengan Kuomintang China kalah dalam pemilihan di Taiwan, kegiatan pemisahan di pulau itu semakin meningkat, malah pihak berkuasa pulau itu dengan bermaharajalela melaksanakan dasar "Kemerdekaan Taiwan" yang bertujuan untuk memisahkan Taiwan daripada wilayah China, tidak mengiktiraf kenyataan Taiwan merupakan sebahagian wilayah China. Semua itu telah mengakibatkan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan menjadi tegang.

Walaupun demikian, kerajaan China masih belum membatalkan rancangan menyatukan semula kedua-dua pantai Selat Taiwan. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya pada Mac lalu menyatakan,

"Tanah Besar China tidak sama sekali akan melepaskan usaha penyatuan semula wilayah China secara damai. Pihak Tanah Besar China akan berusaha sedaya upaya melakukan perkara yang memanfaatkan saudara setanah air Taiwan, pertukaran antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, memelihara keamanan kawasan Selat Taiwan, penyatuan semula tanah air secara damai."

Tentu sekali, memandangkan kegiatan "Kemerdekaan Taiwan" pihak berkuasa Taiwan yang semakin berleluasa dan rancangan beberapa kuasa luar negara yang campur tangan dalam urusan dalaman China, kerajaan China kerap kali menyatakan dengan serius bahawa kerajaan China tidak berjanji melepaskan menggunakan kekerasan untuk memelihara penyatuan semula wilayah negara ini. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya tentang isu Taiwan pada bulan Mac lalu telah menegaskan pendirian yang teguh itu. Beliau berkata,

"Menjamin kedaulatan negara dan keutuhan wilayah merupakan kepentingan teras sesebuah negara. Sesiapa jika ingin menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, 1.3 bilion penduduk China tidak sama sekali bersetuju. Pada prinsip menentang pemisahan negara, kami tidak akan ragu-ragu, samar-samar atau bertolak ansur. China bermakna sebuah negara yang penduduknya berjumlah 1.3 bilion orang, termasuk 23 juta orang penduduk Taiwan. Sebarang masalah yang melibatkan kedaulatan dan keutuhan wilayah China mesti diputuskan oleh 1.3 bilion rakyat seluruh China."

Juga pada bulan Mac lalu, badan berkuasa tertinggi China telah meluluskan Undang-undang Antipemisahan Negara dan menetapkan prinsip asas penyelesaian isu Taiwan kerajaan China dan keazaman mereka menentang pemisahan negara dalam undang-undang.

Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan kawasan Selat Taiwan dan mendorong hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan berkembang, pada setengah tahun pertama tahun ini, Parti Komunis China (CPC) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat CPC Hu Jintao telah mengeluarkan undangan melawat ke Tanah Besar China kepada Lien Chan, Pengerusi Kuomintang China, parti pembangkang terbesar di Taiwan. Pada penghujung bulan April, pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu telah mengadakan pertemuan pertama di Beijing sejak kedua-dua pantai Selat Taiwan berada dalam situasi bermusuhan pada 56 tahun lalu. Kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan yang luas tentang isu mendorong pemulihan rundingan secepat mungkin antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dengan mempertahankan prinsip satu China. Selepas lawatan Lien Chan, pengerusi dua parti pembangkang lain di Taiwan iaitu Parti Rakyat Pertama Taiwan dan Parti Baru Taiwan juga telah melawat Tanah Besar China secara berturut-turut. Mereka juga mencapai persepakatan yang sama dengan Presiden Hu Jintao.

Pada masa ini, Kuomintang China telah bergabung dengan Parti Rakyat Pertama Taiwan dan Parti Baru Taiwan menjadi persekutuan dan menguasai kerusi "Dewan Perundangan" Taiwan dengan majoriti. Meskipun usaha Tanah Besar China dan ketiga-tiga parti itu saling menunjukkan hasrat baik tetapi mendapat tentangan pihak berkuasa Taiwan, namun usaha murni itu telah mendapat pujian dan sokongan daripada rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan dan masyarakat antarabangsa. Mereka menaruh harapan yang baik terhadap prospek hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Soalan 1, sila menyatakan prinsip asas kerajaan China menyelesaikan isu Taiwan.

Soalan 2, pada bulan Mac lalu, badan berkuasa tertinggi China telah meluluskan satu undang-undang penting dan menetapkan prinsip asas penyelesaian isu Taiwan dan keazaman kerajaan China menentang pemisahan negara, sila menyatakan nama undang-undang itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |