v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Pertama Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
2006-03-28 15:19:50 CRI

Kenapa Taiwan Merupakan Wilayah China? 

Pulau Taiwan terletak di kawasan perairan di tenggara Tanah Besar China dan merupakan pulau terbesar di China, keluasannya lebih 30 ribu kilometer persegi. Ia menghadap Tanah Besar China di seberang Selat Taiwan. Jarak yang paling dekat antara kedua-dua pantai Selat Taiwan hanya sejauh 130 kilometer.

Pada masa ini, penduduk di Taiwan berjumlah 23 juta orang, menduduki kira-kira 18 perseribu populasi seluruh China. Taiwan pengeluar utama beras, gula, teh, buah-buahan dan orkid. Dalam bidang ekonomi, industri pembuatan, industri maklumat dan perdagangan Taiwan sangat maju dan telah menjadi industri tonggak bagi ekonomi Taiwan.

Penemuan artifak sejarah membuktikan bahawa kebanyakan penduduk zaman awal pulau itu ialah penghijrah dari Tanah Besar China. Tentang hubungan pulau Taiwan dengan Tanah Besar China dalam pengajian sejarah, Ketua Institut Pengajian Taiwan Universiti Kesatuan Beijing, Profesor Xu Bodong memaklumkan,

"Catatan sejarah Taiwan yang paling awal ialah pada 230 tahun Masihi. Pada masa itu, raja Negeri Wu di kawasan Tenggara China, Sun Quan pernah menghantar 10 ribu orang askar ke Taiwan. Selepas itu, pada abad keenam dan ketujuh, Dinasti Sui juga pernah tiga kali menghantar askar ke Taiwan. Pada masa yang sama, orang bangsa Han sebagai etnik majoriti di China juga mulai berpindah ke Pulau Penghu yang berhampiran dengan Taiwan dan membawa teknologi pengeluaran yang maju ke sana. Pada awal abad ke-17, orang Belanda menduduki Taiwan dan menjadikan Taiwan sebagai tanah jajahan negara itu. Pada tahun 1660-an, pahlawan bangsa China, Zheng Chenggong mengetuai tentera China berjaya mengusir penjajah Belanda dan menawan semula Taiwan."

Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19, Taiwan diduduki semula oleh pasukan tentera penceroboh. Pada tahun 1894, Jepun melancarkan perang pencerobohan terhadap China. Dinasti Qing yang tewas terpaksa menandatangani Triti Shimonosoki China-Jepun. Kandungan utama triti itu ialah kerajaan Dinasti Qing mesti menyerahkan Taiwan kepada Jepun. Pada tahun 1945, Jepun tewas dalam Perang Dunia II, China mengambil alih semula kuasa pemerintahan di Taiwan.

"Pada tahun 1937, Jepun melancarkan perang menceroboh China secara menyeluruh. Perjuangan rakyat China untuk menentang tentera penceroboh Jepun selama lapan tahun bermula. Pada tahun 1941, kerajaan China dalam Pengumuman Perisytiharan Perang Terhadap Jepun memaklumkan bahawa China memansuhkan Triti Shimonosoki China-Jepun dan semua perjanjian, kontrak tentang hubungan China-Jepun dan akan menawan semula Taiwan. Pada tahun 1943, kerajaan China, A.S., Britain mengeluarkan bersama Perisytiharan Kaherah menetapkan bahawa Jepun patut mengembalikan tanah timur laut China, Taiwan dan pulau Penghu kepada China. Pada tahun 1945, China, A.S. dan Britain telah bersama-sama menandatangani Perisytiharan Potsdam dan menetapkan bahawa syarat Perisytiharan Kaherah mesti dilaksanakan. Bekas Kesatuan Soviet juga telah menyertai perisytiharan itu kemudian. Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah dan berjanji akan menunaikan tanggungjawabnya yang telah ditetapkan dalam Perisytiharan Potsdam. Pada bulan Oktober tahun itu, kerajaan mengambil kembali kuasa pemerintahan Taiwan dan memulihkan pelaksanaan kedaulatan terhadap Taiwan yang telah diduduki oleh Jepun selama 50 tahun."

Profesor Xu Bodong menyatakan, Perisytiharan Kaherah telah mengesahkan Taiwan adalah sebahagian wilayah daripada China dalam Undang-undang Antarabangsa. Taiwan juga telah dikembalikan kepada China baik dari segi undang-undang atau kebenaran.

Saudara pendengar, setelah mengikuti rancangan tersebut, saudara mungkin telah mengetahui bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah China. Akan tetapi, saudara mungkin akan mempunyai persoalan bahawa kenapa Taiwan dan Tanah Besar China berada dalam keadaan bermusuhan selepas itu? Kenapa Taiwan belum disatukan dengan Tanah Besar China? Seterusnya, kami akan memberi penjelasan tentang persoalan tersebut.

Pendek kata, Taiwan dan Tanah Besar China berada dalam keadaan bermusuhan diakibatkan perang saudara yang berlaku di China pada tahun 1940-an. Pada tahun kedua selepas Perang Dunia II berakhir, iaitu tahun 1946, perang meletus antara Kuomintang China dan Patri Komunis China yang pernah bekerjasama membanteras penceroboh Jepun. Punca perang saudara itu kerana Kuomintang China menolak menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti Komunis China dan melancarkan perang yang bertujuan untuk menghapuskan Parti Komunis China agar mewujudkan pemerintahan diktator. Selepas perang saudara selama tiga tahun, Parti Komunis China telah mengalahkan Kuomintang China dengan mendapat sokongan rakyat China. Pada tahun 1949, Parti Komunis China yang memenangi perang itu mendirikan Republik Rakyat China. Sementara itu, Kuomintang China juga berundur dari Tanah Besar China ke pulau Taiwan yang hanya seluas satu pertiga ratus daripada keluasan wilayah China. Akan tetapi, Kuomintang tidak mengiktiraf kedudukan sah Republik Rakyat China yang mewakili seluruh negara China dan berkonfrontasi dengan kerajaan pusat China dengan sokongan A.S.. Setakat ini, walaupun kerjasama ekonomi, perdagangan dan kebudayaan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan semakin banyak, akan tetapi situasi bermusuhan kedua-dua pihak belum selesai.

Sikap masyarakat antarabangsa terhadap fakta Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China sangat jelas. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada lebih 50 tahun lalu, terdapat lebih 160 buah negara telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Prasyarat negara-negara itu menjalinkan hubungan diplomatik dengan China ialah mereka mesti mengiktiraf bahawa Republik Rakyat China ialah satu-satunya kerajaan yang sah yang dapat mewakili seluruh negara China. Negara-negara itu semua berjanji mematuhi syarat itu semasa menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Walau bagaimanapun, ada sejumlah kecil negara mempunyai hubungan "diplomatik" dengan pihak berkuasa Taiwan. Negara-negara itu semuanya negara kecil dan miskin. Pihak berkuasa Taiwan telah memberi bantuan kewangan kepada negara-negara tersebut agar mengekalkan hubungan diplomatik dengan mereka.

Soalan:

1.Pulau Taiwan terletak di mana ? Berapa kilometer jarak paling dekat antara Taiwan dan Tanah Besar China?

2.Pada tahun 1943, China, A.S. dan Britain telah menandatangani satu perisytiharan dan telah membuat pengesahan terhadap fakta Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China. Sila nyatakan nama perisytiharan itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |