Nama saya Wenwen. Saya graduan Jurusan Bahasa Melayu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) pada tahun 1998. Sudah hampir lima tahun saya bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) di Beijing. Saya seronok bekerja di sini dan saya berharap agar Ruangan "Fragmen Pemuda" yang saya tangani dapat menjadi program yang disukai ramai. Jika saudara ada apa-apa pandangan dan pertanyaan, jangan lupa beritahu saya melalui e-mel. Alamat e-mel saya ialah: awan@vip.sina.com