Saya berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bahasa Melayu daripada Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing, China pada tahun 1969 dan berkhidmat di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) pada tahun 1973 sehingga sekarang. Selama ini, saya bertugas sebagai penyiar, penterjemah dan editor, kini saya menangani Ruangan "Pesona Bintang". Saya pernah membentangkan kertas kerja bertajuk: "Pengalaman Siaran Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China" di Kongres Bahasa Melayu Sedunia dan laporan tentang "Penggunaan Bahasa Melayu-Indonesia di China" dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur Malaysia. Saya dengan ikhlas berharap saudara terus memberikan sokongan agar persahabatan itu dapat dijalinkan dengan erat hanya apabila kita saling mengenali, seperti kata pepatah: tak kenal tak cinta.
|