Saya siswazah Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing China pada tahun 1977 dan bertugas sebagai penyiar dan penterjemah dalam bahasa Melayu di Radio Antarabangsa China (CRI) hingga sekarang. Kini, saya menangani Ruangan "Semerbak Piony" yang disiarkan pada setiap hari Selasa. Ruangan ini memperkenalkan kehidupan dan adat-resam penduduk etnik minoriti China yang cukup menarik. Saya harapkan pandangan para pendengar tentang ruangan yang saya selenggarakan itu.
|