Helo, saya Qin Miao. Nama Melayu saya Nurhayati. Saya siswazah Universiti Bahasa-Bahasa Asing Beijing Jurusan bahasa Melayu tahun 2002. Saya pernah belajar bahasa Melayu di Universiti Brunei Dasussalam (UBD). Setelah lulus, saya berkhidmat di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) hingga sekarang. Saya senang bertugas sebagai penyiar kerana dapat berkomunikasi dengan para pendengar. Sekarang saya menangani Rancangan "Rentak Pop" yang disiarkan pada setiap Sabtu. Saya berharap kami staf Bahagian Bahasa Melayu CRI boleh menjadi teman saudara, dan semoga para pendengar suka mendengar siaran kami. Jika saudara ada apa-apa pesanan, sila hubungi saya melalui surat atau e-mel. Mudah-mudahan hubungan antara kita akan terterusan dan semakin bertambah erat.
|