v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gao Lei

2005-12-05 11:00:56 CRI

Saudara pendengar, saya Gao Lei, graduan Jurusan Bahasa Indonesia Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing atau Beijing Foreign Studies University. Saya diberi nama Indonesia, iaitu Kesuma.

Pada Ogos tahun 2004, saya menjadi anggota baru Bahagian Bahasa Melayu CRI. Walaupun jurusan saya ialah bahasa Indonesia, tetapi saya berjaya menyesuaikan diri dengan kebiasaan bahasa Melayu melalui bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan Bahagian Bahasa Melayu CRI. Seiring dengan pengalaman bekerja saya terus menambah selama lebih setahun, kemampuan penerjemahan dan penyiaran saya juga terus meningkat. Sekarang, tugas utama saya ialah memperkenalkan keadaan China dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pelbagai bidang lain melalui siaran radio dan laman web kami untuk meningkatkan persefahaman dan pengetahuan para pendengar terhadap China.

Pada masa ini, saya bertanggungjawab mengelolakan ruangan "Irama Klasik" yang disiarkan pada setiap Ahad. Saya berharap program siaran saya dapat menghiburkan para pendengar dan membolehkan saudara pendengar mengetahui lebih banyak maklumat tentang arena lagu bahasa Mandarin China yang saudara ingin tahu. Saya yakin hubungan persahabatan yang sedia ada akan terus terjalin dengan lebih erat atas usaha kami. Saya juga berharap saya dapat menjadi teman akrab saudara dan menjadikan siaran bahasa Melayu CRI sebagai teman saudara setiap hari.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |