Apa khabar, saudara pendengar, saya Zhang Hong (Satrio), penyiar setia anda dalam ruangan "Persada Muzik" pada setiap hari Ahad. Semasa belajar di Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing, saya belajar bahasa Indonesia, akan tetapi saya menjadi kakitangan Jabatan Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China(CRI) setelah lulus pada tahun lalu. Ruangan "Persada Muzik" khusus memperkenalkan lagu rakyat dan muzik tradisional China, saya berharap suadara pendengar menyukai ruangan tersebut.
Dalam tempoh satu tahun yang lalu, saya bekerja sambil belajar, beransur-ansur, saya merasa telah ditarik oleh bahasa Melayu dan pelbagai negara yang berbahasa Melayu. Sebagai seorang penyiar Jabatan Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China(CRI), bahasa Melayu saya belum mencapai taraf yang memuaskan. Jika dapat kesempatan saya berharap dapat pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran agar memegang bahasa Melayu yang murni. Pemandangan yang sangat indah permai di Malaysia juga sangat menarik bagi saya. Saya akan menggunakan bahasa Melayu yang saya pegang dengan baik agar memberi sumbangan untuk meningkatkan hubungan China-Malaysia, dan berharap saya boleh berkehormatan menjadi sahabat rakyat Malaysia.
Ribuan terima kasih atas sokongan saudara pendengar terhadap kami, mahon CRI dapat menjadi sebagai jambatan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
|