v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhang Xian

2005-12-05 11:21:23 CRI

Nama saya Zhang Xian, saya lulusan daripada Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing, atau ringkasnya BFSU dalam Jurusan Bahasa Melayu. Saya diberi nama Melayu iaitu Melur oleh pakar bahasa asing daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Melur dalam bahasa Mandarin "Mo Li Hua", sejenis bunga yang saya paling suka.

Saya baharu sahaja bertugas di bahagian bahasa Melayu CRI pada bulan Ogos tahun 2005. Kini, saya ditugaskan untuk mengendalikan rancangan yang berkaitan dengan para pendengar siaran kami, termasuklah membalas surat atau mesej yang saudara kirimkan, menjawab persoalan. Merancang pelbagai aktiviti pendengar dan juga menyiarkan rancangan dalam ruangan "Salam Muhibah" pada setiap minggu dan lain lain. Saya sangat gembira dapat mengendalikan rancangan ini.

Saya akan terus belajar untuk meningkatkan taraf bahasa Melayu saya di samping itu menyerap pengalaman yang berharga daripada Kakak Puspa yang sebelum itu mengendalikan ruangan mengenai pendengar. Kami mengalu-alukan cadangan daripada para pendengar supaya kami dapat meningkatkan kualiti penyampaian dan siaran kami dari semasa ke semasa.

Saudara boleh memberitahu kami perkara-perkara yang saudara minati dan ingin tahu dan kami akan sedaya upaya memenuhi permintaan saudara. Harapan kami semua sama-samalah kita membentuk satu keluarga ruangan pendengar siaran bahasa Melayu CRI.

Alamat e-mel saya ialah xianxian37@hotmail.com

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |