v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Pemenang Kuiz Pengetahuan Taiwan, Sebuah Pulau Yang Indah Di China dan Selamat Tahun Baru!

2006-01-20 10:58:44 CRI

Aktiviti kuiz pengetahuan "Taiwan, sebuah pulau yang indah di China" yang telah bermula sejak bulan September tahun ini telah diselesaikan dengan jayanya. Kami telah menerima surat jawapan kuiz pengetahuan tersebut sebanyak lebih 300 pucuk termasuk e-mel. Para pendengar yang berasal dari Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan Australia telah menyertai aktiviti kuiz pengetahuan tentang Taiwan. Untuk memudahkan kami mengirimkan hadiah kepada para peserta yang mengirimkan jawapan kuiz tersebut melalui e-mel, sila beritahu kami nama dan alamat saudara.

Bagi pihak semua staf bahagian bahasa Melayu CRI, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan sokongan saudara dan diharapkan para pendengar akan setia kepada CRI dan akan terus menyokong usaha kami dengan menyertai aktiviti yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Pada 16 haribulan Disember yang lalu Melur sudah mengirimkan jawapan yang tepat tentang kuiz pengetahuan Taiwan kepada para pendengar yang menyertai aktiviti kali ini. Bersama-sama surat ini juga dikirimkan kad ucapan selamat tahun baru kepada saudara pendengar. Semoga saudara semua sihat sejahtera dan segala impian saudara akan menjadi nyata! Sekiranya saudara ada sebarang pertanyaan atau cadangan, saudara dialu-alukan untuk menelefon atau mengirimkan surat atau e-melkan kepada kami dan saudara juga boleh mengemukakan komen/ulasan saudara semasa melayari laman web CRI. Numbor telefon bahagian bahasa Melayu ialah: 0086-10-68892453, alamat e-mel ialah : malay@chinabroadcast.cn dan laman utama kami ialah: http://my.chinabroadcast.cn

Seterusnya maklumkan jawapan bagi empat siri kuiz pengetahuan "Taiwan, sebuah pulau yang indah di China".

Siri pertama kuiz pengetahuan ini telah menceritakan tentang sejarah masalah Taiwan dan keadaan Taiwan pada masa ini serta mengapa pulau Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China. Kami mengemukakan dua soalan dalam siri pertama, soalan pertama, pulau Taiwan terletak di mana? Berapa kilometer jarak yang paling dekat antara Taiwan dengan Tanah Besar China? Jawapan tepatnya ialah pulau Taiwan terletak di kawasan perairan di tenggara Tanah Besar China dan Pulau Taiwan merupakan pulau yang terbesar di China. Keluasannya lebih 30 ribu kilometer persegi. Pulau ini menghadap Tanah Besar China di seberang Selat Taiwan. Jarak yang paling dekat antara kedua-dua pantai Selat Taiwan hanyalah sejauh 130 kilometer.

Soalan kedua ialah pada tahun 1943, kerajaan China?A.S. dan Britain telah menandatangani satu perisytiharan yang telah membuat pengesahan terhadap fakta Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China. Apakah nama perisytiharan itu? Perisytiharan tersebut ialah Perisytiharan Kaherah. Perisytiharan ini telah menetapkan bahawa Jepun patut mengembalikan tanah timur laut China, pulau Taiwan dan Kepulauan Penghu kepada China. Perisytiharan Kaherah telah mengesahkan bahawa Taiwan ialah sebahagian daripada wilayah China dari segi undang-undang antarabangsa.

Soalan pertama bagi siri kedua kuiz pengetahuan tentang Taiwan ialah sila nyatakan prinsip asas kerajaan China untuk menyelesaikan isu Taiwan. Sebutan ringkasnya prinsip asas itu ialah "penyatuan semula secara damai dan satu negara, dua sistem." Saudara pendengar, prinsip tersebut terdiri daripada dua bahagian, iaitu "penyatuan semula secara damai" dan "satu negara, dua sistem". Kedua-dua bahagian itu tidak boleh dipisahkan. Oleh sebab itu jawapan yang hanya menyebut salah satu bahagian prinsip itu sahaja dianggap kurang tepat. Soalan kedua bagi siri kedua kuiz itu ialah pada bulan Mac lalu, pihak berkuasa tertinggi China telah meluluskan satu undang-undang yang menetapkan prinsip asas penyelesaian isu Taiwan dan keazaman kerajaan China menentang pemisahan negara, sila menyatakan nama undang-undang yang penting itu. Jawapan tepatnya ialah "Undang-undang Antipemisahan Negara".

Dalam siri ketiga kuiz pengetahuan Taiwan, kami jelaskan tentang pertukaran dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Salah satu soalan ialah manakah yang merupakan pasaran penjualan terbesar bagi Taiwan? Dan manakah yang merupakan pasaran imbangan positif perdagangan utama bagi Taiwan? Jawapan tepatnya ialah Tanah Besar China. Sehingga penghujung bulan Mei lalu, jumlah perdagangan keseluruhan Tanah Besar China dan Taiwan telah mencatat 430 bilion dolar Amerika. Daripada jumlah tersebut, nilai import Tanah Besar China dari Taiwan berjumlah lebih 360 bilion dolar Amerika. Pada masa ini, Tanah Besar China telah menjadi pasaran penjualan terbesar dan pasaran imbangan positif perdagangan yang utama bagi Taiwan."

Soalan yang kedua ialah seruan untuk mewujudkan hubungan langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam bidang perdagangan, penghantaran mel, perkapalan dan penerbangan dikemukakan oleh pihak mana? Mengapakah cadangan itu masih belum dapat diwujudkan sehingga kini? Seruan itu dikemukakan oleh pihak China. Punca utama yang mengakibatkan cadangan itu masih belum dapat diwujudkan adalah kerana pihak berkuasa Taiwan tidak pernah memberikan respons terhadap seruan Tanah Besar China dan hasrat penduduk Taiwan untuk mewujudkan hubungan langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam bidang perdagangan, penghantaran mel, perkapalan dan penerbangan. Golongan usahawan di Taiwan merupakan golongan yang paling tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak berkuasa Taiwan tersebut.

Dalam siri keempat kuiz pengetahuan Taiwan, kami menceritakan adat resam dan kebudayaan tradisional yang sama antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Selama ini, Penduduk Taiwan sama seperti penduduk di Tanah Besar China iaitu mendapat pendidikan kebudayaan tradisional kebangsaan China sejak kecil. Walaupun pada zaman moden, selepas konsep pendidikan budaya Barat diperkenalkan ke Timur, kebudayaan tradisional kebangsaan China masih merupakan isi yang paling penting dalam pengajaran dan dijunjung oleh orang ramai. Oleh itu penduduk di kedua-dua pantai Selat Taiwan masih mempunyai banyak kebudayaan dan kebiasaan hidup yang sama. Soalan pertama, tahukah saudara tiga perayaan tradisional Tanah Besar China dan Taiwan yang sama.

Soalan kedua, berapa peratuskah penduduk Taiwan yang nenek moyang mereka berasal dari Tanah Besar China? Hampir kesemua pendengar yang menyertai aktiviti kuiz pengetahuan kali ini dapat menjawab kedua-dua soalan itu dengan tepat. Perayaan tradisional China termasuklah Tahun Baru Cina atau disebut dalam bahasa Inggeris "Spring Festival", Capgome, Perayaan Pertengahan Musim Gugur, Hari Pecun, Ching Ming hari untuk menziarahi kuburan. Jawapan yang tepat bagi soalan kedua ialah terdapat 98% nenek moyang penduduk Taiwan berasal dari Tanah Besar China. Ramai yang telah menetap di palau Taiwan sejak beberapa generasi. Mereka mencintai Taiwan, di samping tidak melupai tanah air mereka iaitu Tanah Besar China.

Sekianlah jawapan yang tepat bagi keempat-empat siri kuiz pengetahuan Taiwan, sebuah pulau yang indah di China. Kami berharap saudara pendengar dapat menambah pengetahuan mengenai Taiwan dan Tanah Besar China dan juga asal usul masalah Taiwan. Selain itu diharapkan saudara lebih memahami hasrat rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan bagi penyatuan semula China.

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara atas penyertaan dan sokongan. Kami akan menganjurkan aktiviti yang baru bagi para pendengar pada tahun hadapan. Saudara dialu-alukan akan terus menyokong dan menyertai aktiviti yang kami rancang.

Mengikut rutin, saya memetik beberapa pandangan tentang Taiwan daripada pendengar setia kita untuk berkongsi dengan para pendengar. Aliah bt Abdul Rahim, pendengar setia kita dan juga pernah ditugas sebagai pakar bahasa CRI kita dalam suratnya berkata: "Pandangan saya untuk Taiwan,sebuah pulau yang indah di China, Taiwan mempunyai kedudukan yang strategik dengan Tanah Besar China. Dengan kepulangan semula Taiwan ke Tanah Besar China akan menambah satu lagi lokasi pulau rekreasi yang menarik bagi China kerana Taiwan ialah sebuah pulau yang indah dan mempesonakan."

Hong Kim Thor dari Malaysia dalam suratnya berkata: "saya dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan membaca berpadu pada matlamat yang dimuat di CRI. Mengenai pulau Taiwan dan Tanah Besar China merupakan satu perkara yang rumit tetapi ia mesti diselesaikan secara saksama, adil dan muhibah. Saya rasa rakyat China yang rasional yang akan mencapai muafakat dalam menyelesaikan perkara ini."

Suwito, pendengar setia kita juga mengeluarkan pandangannya "Pandangan saya tentang 'Taiwan, sebuah pulau yang indah di China' adanya kuiz pengetahuan dengan empat siri rancangan tentang 'Taiwan, sebuah pulau yang indah di China' yang telah disiarkan oleh Radio Antarabangsa China-CRI bahagian bahasa Melayu, telah membuatkan saya lebih mengetahui dan memahami dengan sebenar-benarnya tentang Taiwan merupakan wilayah China, bagaimana prinsip asas kerajaan China menyelesaikan masalah Taiwan, apa yang telah dibuat oleh kerajaan China dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut dan menyatukan semula negara ini, bagaimana pertukaran perdagangan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, bagaimana hubungan penduduk Taiwan dengan Tanah Besar China dalam bidang kehidupan tradisional dan sebagainya. Dengan perkembangan di kedua-dua pantai Selat Taiwan dewasa ini dan peranan China yang semakin meningkat dalam masyarakat antarabangsa ini, menjadikan saya menaruh harapan yang baik terhadap hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan untuk penyatuan semula secara damai dan melaksanakan dasar satu negara dua sistem."

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang memberikan pandangan.

Saudara pendengar, tahun 2005 sedang melambaikan tangan kepada kita untuk berlalu. Kita akan memasuki satu tahun yang baru! Dalam saat yang begitu bermakna ini, bagi pihak semua staf bahagian bahasa Melayu CRI, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2006 kepada para pendengar dan sempena tahun baru ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pendengar yang selama ini menyokong usaha kami. Semoga saudara bahagia dalam tahun yang baru!

Balai Muzik Beijing dan beberapa teater sentiasa mengadakan konsert untuk mengalu-alukan kedatangan tahun baru! Konsert-konsert itu amat menarik hati warga Beijing. Ini merupakan satu cara untuk menikmati muzik dan cara ini telah menjadi gaya baru bagi warga Beijing dalam menyambut tahun baru! Saudara dialu-alukan memberitahu saya bagaimana saudara menyambut tahun baru dan apa cita-cita saudara pada tahun 2006? Melur menantikan surat atau e-mel saudara!

Jumpa lagi pada tahun 2006!

Pengumuman nama-nama pemenang kuiz. Hadiah istimewa akan dikirimkan kepada para pemenang kuiz ini dengan secepat mungkin. Kami mengucapkan tahniah kepada saudara pemenang.

Malaysia

Indonesia

Negara Brunei Darussalam

Singapura

Australia

Aliah Binti Abdul Rahim

Beno

Chang Chin Wen

Lim Keat Poh

Harry Saeran

Nurul Haifa Bt. Zakaria

Rudi

 

 

 

Lee Feng Min

Suwito

 

 

 

Hong Kim Thor

Hazairin R. Junep

 

 

 

Roslinah Binti Rastim

Firman Adi Saputra

 

 

 

 

Chuah Bee Nah (Saudari)

Rikrik Rahadian

 

 

 

Seow Yuening

Hindun(Saudari)

 

 

 

Tan Hee

 Nelfida

 

 

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |