v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Maskot "Friendlies" Sukan Olimpik Beijing 2008

2006-01-20 10:58:46 CRI

Minggu ini, kami menerima sepucuk surat daripada saudari Hazimah di Johorbahru, Malaysia. Saudari Hazimah dalam suratnya menceritakan pengalamannya ketika melawat China pada November lalu. Semasa saudari Hazimah berada di Beijing, dia telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengumumkan "friendlies" sebagai maskot Olimpik Beijing 2008 pada 11 November tahun lalu. Pada masa yang sama, anak patung "friendlies" telah mula dijual di pelbagai tempat di China. Dengan segera saudari Hazimah pergi ke Wangfujing, kawasan membeli-belah di Beijing dan berharap dapat membeli anak patung "friendlies" dan membawanya balik ke Malaysia. Bagaimanapun hasrat Saudari Hazimah tidak dapat dipenuhi kerana anak patung "friendlies" laris dijual dalam masa yang singkat. Dalam tempoh 3 hari semasa berada di China, saudari Hazimah tidak dapat memperoleh anak patung "friendlies " lagi.

Saudari Hazimah tidak perlu berasa kesal kerana dalam program kali ini, kami akan perkenalkan penjualan anak patung "friendlies" di China. Memang di China anak patung "friendlies" amat disukai ramai. Pada masa anak patung "friendlies " baru dikeluarkan, ramai penduduk di China berbaris di luar kedai untuk belinya tanpa menghiraukan cuaca yang begitu sejuk iaitu di bawah 0 Cº. Ramai yang berasa kecewa kerana tidak dapat membelinya . Mainan tersebut terlalu laris dijual dalam masa yang cepat dan jumlahnya juga tidak dapat menampung keperluan orang ramai. Sesetengah orang berpendapat bahawa harganya juga terlalu mahal, hampir 500 yuan RMB untuk beli satu set "friendlies", iaitu lima kesemuanya. Chennan, salah seorang pereka bentuk maskot Olimpik Beijing 2008 mendedahkan penetapan harga anak patung "friendlies ". Beliau berkata, sebenarnya, ketetapan harga anak patung "friendlies " adalah sederhana jika dibandingkan dengan maskot-maskot lain pada Sukan Olimpik yang lalu dan perbelanjaan untuk mereka bentuknya tidak termasuk harga penjualannya. Difahamkan, 10% daripada harga setiap anak patung "friendlies" akan disalurkan untuk menyokong Sukan "Olimpik Beijing 2008". Tambah beliau, kos perbelanjaan untuk membuat anak patung "friendlies" juga amat tinggi berbanding pembuatan anak patung yang lain. Maskot anak patung tersebut dibuat melalui 5 proses utama dan melebihi 100 proses lain yang lebih rumit. Antaranya, semua perhiasan kepala anak patung "friendlies" ialah buatan tangan. Sehubungan dengan itu, anak patung "friendlies " itu tidak dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Petugas sebuah kilang pembuatan anak patung "friendlies" memberitahu wartawan, sejak maksot Olimpik Beijing 2008 diumumkan, kilang mereka telah menghasilkan 12 juta anak patung "friendlies" pada setiap hari. Akan tetapi menurut maklum pihak pusat membeli-belah, jumlah pengeluaran anak patung "friendlies" masih tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.

Satu faktor lain yang menyebabkan anak patung "friendlies" masih tidak mencukupi ialah: pada masa ini hanya terdapat empat buah kilang yang mendapat keizinan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing untuk menghasilkan maskot "friendlies".

Tadi kami telah memujuk saudari Hazimah supaya tidak perlu berasa kecawa disebabkan anak patung "friendlies" dijual terlalu cepat. Sekarang kami ada berita baik kepada pelancong yang melancong ke China yang ingin mendapatkan anak patung "friendlies". Sekarang keadaan telah berubah, pada awal Disember tahun lalu, sejenis anak patung "friendlies" yang berharga 38 yuan RMB telah dikeluarkan. Di samping itu, terdapat lebih banyak jenis barang-barangan lain yang berkaitan dengan maskot "friendlies " seperti bag, pen, payung telah dikeluarkan dan disukai ramai. Antaranya, stemp emas yang mempunyai gambar "friendlies" adalah amat popular kerana dianggap mempunyai nilai penyimpanan yang tinggi. Di samping itu, lebih banyak kilang telah mendapat keizinan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing untuk menghasilkan anak patung "friendlies". Pelancong-pelancong ke China tidak perlu berbaris lagi ketika membelinya.

Di sini, kami juga ingin mengingatkan para pelancong ke China yang berhasrat untuk membeli barang-barang yang berkaitan dengan maskot "friendlies". Disebabkan kepopularan anak patung "friendlies" di China, sesetengah penjual telah menghasilkan anak patung "friendlies " tiruan. Difahamkan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008 telah mengumumkan pada bulan November lalu bahawa sesiapa juga tidak dibenarkan menggunakan gambar "friendlies" dengan tujuan perdagangan tanpa mendapat keizinan jawatankuasa tersebut. Memang anak patung "friendlies " yang tiruan mempunyai harga yang lebih rendah, tetapi mutunya juga adalah tidak sama jika dibandingkan dengan yang tulen. Anak patung "friendlies" yang tulen amat halus buatnya kerana anak patung tersebut adalah buatan tangan. Barang-barang mainan tiruan juga adalah tidak sebagus barang mainan yang tulen. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu telah menjejaskan hak perlindungan anak patung maskot yang tulen dan sedang dibanteras di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |