v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Legenda Tentang Perayaan Tahun Baru China dan Bagaimana Beberapa Etnik Minoriti China Merayakan Tahun Baru China

2006-01-20 14:47:31 CRI

Jika mengira sejak hari ini, hanya tinggal 2 minggu sahaja Tahun Baru China akan datang. Saudara pendengar tentu tidak berasa asing terhadap Tahun Baru China dalam imlek China. Hari raya yang tradisional ini amat penting bagi bangsa China. Hampir semua orang China akan berkumpul bersama-sama untuk menyambut Tahun Baru China. Orang China sama ada bekerja atau belajar di luar negara mesti akan pulang ke rumah masing-masing untuk bertemu dengan saudara mara dan rakan-rakannya.

1 haribulan Januari pada Imlek China ialah hari raya tradisional bagi orang China, iaitu Tahun Baru China. Tahun baru China yang juga dipanggil "Guonian" dalam bahasa Mandarin. Hari raya "Guonian" mempunyai sejarah yang lama. Ia berasal dari aktiviti upacara pemujaan dewa dan nenek moyang pada dinasti Shang, lebih kurang pada tahun 1562 hingga tahun 1066 sebelum masihi. 

Terdapat beberapa legenda yang berbeza di kalangan rakyat China tentang asal usul hari raya tahun baru China. Salah satu daripadanya ialah, pada zaman purba China, terdapat sejenis binatang yang dipanggil "Nian". Ia adalah sejenis binatang yang paling ganas dan ia mendiami laut. Pada malam menjelang tahun baru, "Nian" akan mendarat dan masuk ke kampung untuk makan manusia. Oleh sebab keganasan "Nian" itu, penduduk di kampung terpaksa melarikan diri ke dalam hutan untuk mengelakkan diri daripada malapetaka itu.

Pada suatu malam, Nian musuk ke sebuah kampung untuk makan manusia, tetapi ia ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang membakar mercun. Bunyi letupan mercun yang menggelegar itu menjadikan "Nian" terkejut dan terus masuk ke dalam sebuah rumah. Apabila ia masuk ke rumah tersebut, ia tengok skrol kertas merah yang ditempel di pintu, selain itu banyak lilin yang bernyala telah menerangi ruangan bilik itu. "Nian" terasa sangat takut terhadap kertas merah dan suasana terang-benderang itu. "Nian" cepat melarikan diri dan tidak muncul sekali pun.

Orang baru tahu bahawa "Nian" takut akan warna merah dan bunyi letupan mercun. Selepas itu, semasa menyambut Tahun baru China, orang akan membakar mercun, menempel skrol kertas merah di pintu dan menempel kertas gunting yang berwarna merah di jendela kaca. Kesemua ini beransur-ansur menjadi adat resam tahun baru China.

 

Pada zaman moden, selain daripada menempel skrol. Rakyat China paling suka menempel tulisan "Fu", Fu bermakna bahagia. Ia melambangkan kebahagiaan dan bernasib baik. Terdapat pendengar kita bertanya bahawa mengapa terdapat tulisan "Fu" yang telah ditempel secara terbalik. Sebenarnya "terbalik" dalam bahasa Mandarin "Dao", sebutanya sama dengan "kedatangan" dalam bahasa Mandarin. Oleh sebab itu, kalau kita sebut dalam bahasa Mandarin "Fu dao le", ia bermakna kebahagiaan kehidupan kita. Tulisan "Fu" penuh dengan harapan rakyat China untuk hidup dalam keadaan yang sentosa dan sejahtera.

China merupakan sebuah negara yang terdiri daripada banyak etnik. Adat resam untuk merayakan tahun baru China bagi etnik-etnik China adalah berbeza.

Api kebakaran sangat suci bagi etnik Monggol. Setibanya tahun baru China, mereka sentiasa mengadakan upacara pemujaan dewa api. Upacara itu juga adalah sebuah upacara untuk menyambut tahun baru. Barang-barang pujaan kepada dewa api termasuk beras goreng, teh, kurma merah, mentega, daging kambing dan sebagainya. Dalam keadaan biasa orang yang dibenarkan menyertai upacara tersebut ialah tuan rumah dan anak lelaki termasuk kawan sejiran dan saudara mara. Api itu sentiasa bernyala-nyala selama tiga hari.

Etnik Korea merupakan etnik yang pandai menyanyi dan menari. Mereka sentiasa merayakan tahun baru China melalui tarian dan nyanyian. Selain itu, mereka juga berminat pada bermain jongkang-jongket dan tarik tali semasa menyambut tahun baru. Seorang kawan saya berasal etnik Korea, dia beritahu saya semasa menyambut tahun baru China, etnik Korea tentu akan makan "Dagao" sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras pulut. Kuih itu adalah buatan sendiri. 

Untuk menyambut tahun baru China, kesemua warga China mempunyai hari cuti selama seminggu. Sekiranya saudara datang ke China semasa perayaan tahun baru China, saudara berpeluang untuk menikmati suasana yang meriah di China.  

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |