v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Permulaan Musim Bunga Menurut Kalendar China

2006-02-07 11:36:43 CRI

Esok ialah hari permulaan musim bunga menurut kalendar China. Ini bermakna bahawa kita akan memasuki musim bunga pada keesokan harinya. Walaupun cuaca di Beijing sekarang masih sejuk sekali, namun musim yang nyaman semakin mendekati kita.

Mengikut adat resam tradisional, rakyat China biasanya akan melakukan beberapa aktiviti untuk menyambut ketibaan musim bunga. Dalam ruangan hari ini, saya akan sampaikan maklumat tentang adat resam rakyat China untuk menyambut kedatangan musim bunga pada hari permulaan musim bunga menurut kalendar China. Kertas merah musim bunga pada asalnya ialah kertas merah yang ditampal pada pintu-pintu Istana menandakan permulaan musim bunga pada zaman dahulu. Kebanyakan puisi yang ditulis pada kertas merah tersebut ialah puisi yang menyanjung ketibaan musim bunga yang menggambarkan hasrat manusia yang menantikan kedatangan musim bunga. Dalam sejarah China adat resam menampal kertas merah musim bunga amat popular pada zaman dinasti Song. Kini, rakyat China biasanya akan membersihkan rumah menjelang permulaan musim bunga dan menampalkan tulisan kaligrafi "Chun" atau "Fu" pada pintu atau dinding rumah. "Chun" bererti musim bunga dan "Fu" bermaksud kebahagiaan.

Pada zaman moden ini, lempeng menjadi makanan tradisi utama semasa merayakan kedatangan musim bunga bagi rakyat China. Adat resam tersebut boleh mengimbau kembali pada zaman dinasti Tang yang juga disebut "Yaochun" dalam bahasa Mandarin. 

Biasanya lempeng tersebut diperbuat daripada tepung gandum, boleh ditambah beberapa jenis daging dan sayur-sayuran, juga boleh ditambah buah pisang kaki dan beberapa jenis tamar. Lempeng tersebut lazat sekali berbanding dengan pisa. Lempeng merupakan makanan ruji. Penduduk di kawasan utara China lebih suka mencampurkan lempeng dengan lobak merah manakala penduduk di kawasan selatan China lebih suka makan lempeng bersama-sama sayur selada. Kedua-dua sayur lobak dan selada amat baik untuk kesihatan. Bolehlah dikatakan makanan tradisi tersebut bukanlah satu kebiasaan, malahan merupakan cara untuk menjaga kesihatan manusia yang diteruskan sejak beberapa generasi yang terdahulu.

Pada permulaan musim bunga kanak-kanak akan riang gembira membakar mercun dan bunga api bersama-sama. Bunyi letupan mercun yang menggelegar dan percikan bunga api ini menimbulkan kegembiraan dan melambangkan kemeriahan kalangan rakyat China semasa menyambut tahun baru dan ketibaan musim bunga.

Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 mempunyai lima maskot yang berlainan. Antara lima maskot tersebut terdapat satu maskot yang bernama "Nini" yang bentuk badannya berasal daripada burung layang-layang. Ini disebabkan burung layang-layang melambangkan musim bunga dan kebahagiaan. Selain daripada membakar mercun, kanak-kanak juga meminati akan permainan layang-layang di kawasan lapang.

Musim bunga merupakan musim yang pertama daripada 4 musim. Pepatah China ada mengatakan bahawa : "Musim bunga paling penting dan amat cepat berlalu." Pada tahun baru kami mempunyai banyak azam dan keinginan untuk mempelbagaikan rancangan kami. Kami akan terus berusaha dan saudara diharapkan terus menyokong usaha kami.

Laman web siaran bahasa Melayu CRI telah diperbaharu kebelakangan ini. Saudara amat dialu-alukan untuk melayari laman web ini dan memberikan pandangan saudara kepada kami. Alamat laman web ini ialah www.cri.com.cn

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |